Shiha Zikir Tak ‘Lapar’ Perhatian Tapi…

15 Jul 2025 • 4:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Shiha Zikir menolak dakwaan segelintir pihak yang menyatakan dia cuba mencari perhatian menerusi hantaran-hantaran yang dimuat naik di media sosial.


Jelas Shiha, segala apa yang ditulis di laman sosial adalah luahan jujur yang datang dari hati dan bukannya rekaan untuk menarik perhatian.


“Untuk saya fikir apa yang orang nak cakap tidak, apa yang anda tengok saya tulis kat media sosial itu memang lahir daripada hati. Dan apa yang saya tulis memang betul sebab saya tidak ramai fan macam orang lain.

“Sebelum ni saya tak pernah rasa nervous untuk keluarkan lagu tapi tidak untuk Renjana. Saya betul-betul harapkan sesuatu untuk lagu ini. Sebab tu saya harap ada yang sudi support lagu ni,” katanya.

Dalam pada itu, Shiha turut mengakui bahawa buat pertama kali dalam kerjaya seninya, dia berasa gugup saat ingin melancarkan lagu terbaharunya berjudul Renjana kerana berharap agar karya tersebut mendapat sambutan baik.

“Lagu ini bukan sekadar lagu tapi ia adalah luahan rasa yang ikhlas, jadi saya harap lagi ini sampai dekat semua orang.

“Harapan saya untuk lagu ni untuk orang yang masih ada ibu bapa mereka jaga ibu bapa mereka dengan baik sebab tu saya ada harapan yang tinggi untuk lagu ni. Benchmark saya letak agak tinggi. Tapi sekali lagi kalau nak dengar apa orang kata, tidak sudah.

“Sebab anda jarang nampak saya tulis status macam tu, jadi kalau orang nak cakap apa pun saya tak kisah” ujarnya. 

Terdahulu, Shiha Zikir memuat naik beberapa hantaran meminta sokongan daripada peminat agar mendengar lagu terbaharunya iaitu Renjana. 


Sekadar info, lagu Renjana terhasil daripada cebisan kenangan peribadi milik Shiha Zikir dan dilahirkan di bawah label Shiha Zikir Empire dan Sony Music Entertainment Malaysia dengan bantuan gubahan daripada komposer, Zimi Sofazr.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved