Shila Amzah Perlu Masa Untuk Terima Ibu Tiri, Masih Terkejut Dengan Pilihan Baru Bapanya

Entertainment
14 Mar 2025 • 12:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memang diakui bukan perkara mudah untuk seseorang menerima pasangan baru ibu atau ayah mereka, tambahan pula jika pasangan baru itu orang yang pernah jadi rakan baik sendiri.

Inilah yang dialami oleh penyanyi, Shila Amzah apabila dia menyatakan bahawa dia memerlukan masa dan ruang untuk menerima kehadiran ibu tiri dalam hidupnya memandangkan wanita itu pernah menjadi sahabatnya suatu ketika dulu.

image is not available

Menurut Shila, 35, hubungan baiknya dengan ayah iaitu Datuk ND Lala bagaimanapun sama sekali tidak terjejas dengan perkara itu.

Kami (Shila dan ibu tiri) belum pernah berhubung lagi dan saya tak bersedia lagi. Kalau dengan ayah sudah tentu berhubung. Dia pun selalu hubungi saya.

“Hubungan anak beranak pergi ke mana pun tak akan putus, kerana ia tidak melibatkan sesuatu perkara yang teruk sangat hingga membuatkan tidak boleh kembali bersama keluarga.

“Saya dan ayah saya pun akan berbuka puasa bersama pada hujung minggu ini,” katanya kepada mStar.

image is not available

Shila juga sebagai anak sudah berlapang dada dan menerima takdir ibu bapanya yang kini bahagia dengan haluan masing-masing. Cuma dia kini masih lagi terkejut dengan pilihan baru bapanya itu.

Sejujurnya saya okay sebab cinta itu tidak boleh dipaksa, kalau ibu bapa tidak bahagia kenapa nak paksa demi anak-anak.

“Biarlah masing-masing cari bahagia mereka bagi saya. Cuma pada saya terkejut dengan siapa pilihannya. Itulah suratan dan takdirnya,” kata Shila lagi.

Shila juga sebelum ini di X ada berkongsi yang dia mempunyai banyak momen dengan ibu tirinya selepas melihat foto kenangan mereka bersama.

Dia menyedari hal itu ketika mencari foto kenangan semasa di China dalam galeri album telefon bimbitnya.

“Gambar dia masih ada sebab terlalu banyak, saya ada gambar lebih 50,000. Saya nak cari gambar di China dan ternampak gambar dengannya,” kata Shila.

Kita doakan yang terbaik buat Shila dan keluarganya ya…

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.