Sweet Qismina & Adam Lee pernah menangis, impian timang zuriat belum tercapai

Family & ParentingLifestyle
13 Mar 2025 • 2:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pasangan pelakon, Sweet Qismina dan Adam Lee, mengakui pernah melalui detik sukar sehingga menitiskan air mata kerana impian untuk timang zuriat belum tercapai.

Menurut laporan Gempak, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berkongsi bahawa dia mengalami tekanan itu ketika awal perkahwinan mereka.

Timang zuriat belum tercapai

image is not available

“Tahun pertama kami sangat tertekan, bulan pertama tu kami sampai tahap menangis sama-sama. Sebab nak sangat (anak).

“Macam-macam berada di dalam fikiran, kami juga seorang yang suka budak jadi bila pegang baby macam terfikir kenapa kami tak dapat.

“Kawan-kawan saya juga ada yang dah dapat baby, jadi kami rasa ada tertekan juga,” ujarnya.

Akur dengan takdir yang ditetapkan Allah, Sweet hanya berserah sepenuhnya kepada rezeki dan mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

Timang zuriat belum tercapai

image is not available

“Tahun kedua kami rasa mahu ingin menjalani sahaja kehidupan, untuk tahun ini kami mahu fokus balik.

“Sekarang ini, kami terima dengan hati terbuka, tak terfikir dah kerana rezeki ini Allah datang dengan pelbagai cara,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Sweet menegaskan kepentingan menjaga tutur kata, terutamanya ketika berkomunikasi dengan wanita yang sedang berusaha untuk hamil (TTC) dan berdepan cabaran dalam proses tersebut.
image is not available

“Seseorang akan rasa stres bila ada orang sekeliling yang triggered, tapi saya bersyukur keluarga kami menghormati dan mendoakan yang terbaik. Jadi perkara itu membuatkan kami lebih kuat semangat untuk hadapi semua.

“Buat orang ramai di luar sana yang ada keluarga terdekat yang menghadapi situasi sama tolong jaga kata-kata itu kerana kita tak tahu apa yang mereka hadapi.

“Saya doakan juga buat mereka yang berada dalam situasi yang sama seperti saya, kita cuba yang terbaik dan percaya dengan Allah punya rezeki,” katanya.

Sekadar info, Sweet dan Adam mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.

image is not available

Sumber: Gempak (Umairah Halim)