Shila Amzah syukur suami terima kekurangan -“Ubai tahu saya tak suka lipat baju..”

EntertainmentLifestyle
29 Oct 2025 • 6:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi terkenal, Shila Amzah mendedahkan suaminya, Ubai Mz merupakan seorang yang sangat memahami dan menerima segala kekurangannya, termasuk dalam hal menguruskan pakaian.

Menerusi perkongsian di Threads, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata dia mengambil masa yang lama setiap kali perlu melipat pakaian.

“Ubai tahu saya memang tidak suka lipat baju. Tapi alhamdulillah dia terima kekurangan saya.
“Dulu kalau kena lipat baju, duduk depan televisyen ada tiga jam tidak habis-habis.
“Kalau Ubai lipat, sekejap je baju habis dilipat. Saiz pun sama saja,” katanya.

image is not available

image is not available

Shila Amzah syukur suami terima kekurangan

Perkongsian itu mencuri perhatian ramai yang memuji sikap saling memahami antara pasangan tersebut. Malah, ada juga berkongsi pengalaman yang sama.

image is not available image is not available

Untuk rekod, Shila dan Ubai selamat diijabkabulkan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira, pada 9 Mei tahun lalu.

image is not available

Shila turut mempunyai seorang anak lelaki, Seth Uwais, hasil perkahwinan terdahulunya dengan Haris Edraki.

Sumber: Threads shahilaamzah