“Shooting ke?” – Dian Sastro Lepak Di Terengganu, Ramai Peminat Terkejut!

Entertainment
3 Apr 2024 • 10:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Sesiapa yang pernah menonton filem Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta awal tahun 2000 dahulu pasti kenal dengan pelakon dari negara seberang iaitu Dian Sastrowardoyo.

Pelakon Indonesia yang sangat terkenal itu baru-baru ini mencipta fenomena melalui drama bersiri Netflix yang berjudul Gadis Kretek.

Terbaru, nama Dian Sastro disebut-sebut lagi di kalangan netizen Malaysia apabila pelakon berusia 42 tahun itu dilihat memuat naik satu IG Story sedang makan malam santai di Terengganu.

image is not available

Perkara itu mengejutkan ramai memandangkan Dian Sastro bukanlah nama yang kecil dalam industri.

Melihat IG story yang dimuat naik oleh pelakon Indoensia itu, kelihatan Dian sedang dalam sebuah penggambaran yang dijalankan di persisiran pantai Terengganu, namun lokasi tepatnya tidak disahkan.

Dalam posting tersebut, Dian dilihat santai berbaju t-shirt dan berseluar pendek ditemani krew-krew produksi serta beberapa individu lain.

“Orang tak perasan ke?”

Di aplikasi X, netizen teruja dengan kemunculan pelakon Indonesia itu dan ada juga yang merasakan ramai yang tidak perasan dengan kewujudan Dian di situ kerana pakaiannya yang sangat santai, seakan blend in dengan orang sekeliling.

image is not available

Kalau selisih ni memang tak perasan!

Sumber: Instagram, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.