Shuhada Bongkar Hafidz & Athira Pergi Bercuti Di PD – “Berzina, Mandi Wajib Bersama, Itu Semua Saya Ada Bukti”

Entertainment
5 Mar 2023 • 3:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudahlah dicurangi, tidak cukup dengan itu Shuhada juga turut menerima 10 jahitan di muka akibat ditumbuk oleh suami, Hafidz Roshdi.

Kisah kecurangan pelakon itu terbongkar selepas Shuhada mendedahkan bahawa Hafidz mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Athira Yuhada.

Lantaran dirinya teruk dikecam, Athira membuat permohonan maaf terhadap Shuhada dan dua anaknya selain turut mengaku tidak akan berhubung dengan Hafidz lagi.

Namun, apa yang mengejutkan adalah Hafidz rupa-rupanya masih berhubung dengan Athira dan hal itu juga dikatakan menjadi punca insiden Shuhada ditumbuk oleh aktor berkenaan.

image is not available

Menerusi Instagram, Shuhada atau mesra dengan panggilan Shu mendapat banyak kata-kata semangat dan sokongan daripada ramai netizen.

Baru-baru ini, seorang individu ada bertanya kepada Shu di ruangan komen tentang foto yang pernah dimuat naik oleh Athira di tepi pantai.

image is not available

Tidak lagi berselindung, Shu mengiyakan bahawa foto kaki yang diambil itu adalah milik Athira dan Hafidz ketika mereka bercuti berdua di Port Dickson.

Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan tempahan bilik juga dilakukan menggunakan nama individu ‘di sana’ (Athira) dan Shu akui menyimpan banyak bukti kelakukan tidak bermoral ‘pasangan’ itu.

image is not available image is not available image is not available

image is not available 2 hari lalu

Shuhada Dedah Insiden Ditumbuk Hafidz Ada Kaitan Dengan 'Penyondol' - "Mereka Masih Berhubung..."