Tumbuk Isteri Di Muka, Polis Akan Panggil Hafidz Roshdi – “Jika Perlu Tangkapan Dilakukan…”

4 Mar 2023 • 3:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada telah dibawa oleh ahli keluarga ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan selepas dia ditumbuk pelakon itu.

Terbaru, polis mengesahkan Shuhada hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini dan polis telah pun mengambil keterangannya berhubung insiden itu.

image is not available

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan itu, suspek (Hafidz Roshdi) akan dipanggil dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.

Jika perlu tangkapan dilakukan, ia akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberikan.”

Terdahulu, Shuhada yang hadir ke balai polis pada Khamis telah membuat laporan mendakwa ditumbuk Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di matanya.

Kejadian itu berlaku di dalam sebuah kereta di R&R sekitar Sungai Buloh.

image is not available 2 hari lalu

Shuhada Dedah Insiden Ditumbuk Hafidz Ada Kaitan Dengan 'Penyondol' - "Mereka Masih Berhubung..."