Shuhada Shukri Akhirnya Tunjuk Bukti Hafidz Roshdi Bukan Lelaki Bagus Untuk Jadikan Suami Dan Bapa?

27 Jun 2024 • 9:14 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Shuhada Hafidz Roshdi

Sebelum ini kami melaporkan yang pelakon, Hafidz Roshdi menafikan dakwaan bekas isterinya, Shuhada Shukri dan berkata wanita itu hanya mahu tutup periuk nasinya.

Terbaru! Menerusi Instagram, Shuhada membalas kenyataan bekas suaminya itu yang menafikan dakwaan telah menyebarkan dokumen mahkamah.

image is not available

Bukan tu jer, Shuhada juga anggap apa yang Hafidz buat sekarang ini, seolah-olah menunjukkan dirinya tidak bahagia dengan kehidupannya sekarang. 

Lah kau ni dah kenapa pula dah ni? Tadi dah selesaikan dekat balai kan? Kau nak apa ni weh? Tak bahagia ke apa ni? Kasihan sangat hidup kau ni? Mengucap banyak-banyak.

Shuhada juga berkata yang dia telah membuat laporan polis agar bekas suaminya itu memadam hantaran yang didakwa mengandungi dokumen mahkamah.

Dalam pada itu, Shuhada menjelaskan bahawa dia juga telah membuat laporan polis agar Hafidz memadam hantaran yang didakwa mengandungi dokumen mahkamah.

Memetik kepada tunjuk bukti (kalau aku tunjuk bukti lepas tu apa guna aku gigih buat laporan polis nak kau padam). Banyak sangat benda yang aku ada, tapi malas.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.