Shuhaily masih KP AKPS, belum terima arahan rasmi pertukaran ke PDRM -Peguam

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 5:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) kerana belum menerima sebarang surat atau arahan rasmi berhubung keputusan mengembalikannya ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Shuhaily masih jalankan tugas sebagai KP AKPS

Memetik laporan daripada Sinar Harian, peguam yang mewakilinya, Muhammad Rafique Rashid Ali menyatakan, anak guamnya masih mempunyai kuasa menjalankan tanggungjawab sebagai ketua pengarah selagi proses pertukaran penempatan belum dimuktamadkan.

Ujarnya, Mohd Shuhaily juga masih menjalankan tugas seperti biasa termasuk mempengerusikan mesyuarat agensi berkenaan.

“Beliau masih belum menerima sebarang arahan atau surat rasmi. Jadi, beliau menjalankan tugas kerana masih mempunyai kuasa sebagai ketua pengarah.
“Setakat ini, anak guam masih belum didapati bersalah dan boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya seperti biasa,” katanya kepada media di Kompleks Mahkamah.

Image from: Shuhaily masih KP AKPS, belum terima arahan rasmi pertukaran ke PDRM -Peguam

Peguam minta Saifuddin beri penjelasan

Susulan itu, Rafique meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan kenyataannya bahawa Mohd Shuhaily telah dikembalikan semula kepada PDRM.

“Rakyat kini tertanya-tanya apabila menteri menyatakan satu perkara, tetapi apa yang berlaku menunjukkan keadaan sebaliknya.
“Jadi, menteri itu perlu menjelaskan perkara ini kerana ia menimbulkan pelbagai spekulasi,” katanya.
Image from: Shuhaily masih KP AKPS, belum terima arahan rasmi pertukaran ke PDRM -Peguam

Foto: AKPS

Pada 29 Oktober lalu, Saifuddin memaklumkan Mohd Shuhaily telah dikembalikan semula kepada PDRM.

Untuk rekod, Mohd Shuhaily, 54, pernah menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selama tiga tahun bermula 2023 sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi tempoh 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.

Beliau kembali bertugas pada 2 November lalu selepas bercuti selama seminggu.

Terdahulu, pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Terminal 1 KLIA pada 28 September lalu.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved