Mohd. Shuhaily masih bertugas selagi belum ada arahan rasmi

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 5:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mohd. Shuhaily masih bertugas selagi belum ada arahan rasmi

PETALING JAYA : Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih bertugas selagi belum menerima surat atau arahan rasmi berhubung keputusan mengembalikannya ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Salah seorang peguam yang mewakilinya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, anak guamnya masih mempunyai kuasa untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua pengarah selagi proses pertukaran penempatan itu belum dimuktamadkan.

Menurutnya, Mohd. Shuhaily juga terus menjalankan tugas seperti biasa termasuk mempengerusikan mesyuarat agensi berkenaan.

“Beliau masih belum menerima sebarang arahan atau surat rasmi. Jadi, beliau menjalankan tugas kerana masih mempunyai kuasa sebagai ketua pengarah.

“Setakat ini, anak guam masih belum didapati bersalah dan boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Susulan itu, Rafique meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberikan penjelasan berhubung kenyataan bahawa Mohd. Shuhaily telah dikembalikan semula kepada PDRM.

Beliau berkata, kedudukan anak guamnya ketika ini menimbulkan pertanyaan apabila kenyataan menteri berkenaan dilihat tidak selari dengan keadaan sebenar.

Katanya, penjelasan perlu diberikan bagi mengelakkan kekeliruan serta spekulasi mengenai status Mohd Shuhaily.

“Rakyat kini tertanya-tanya apabila menteri menyatakan satu perkara, tetapi apa yang berlaku menunjukkan keadaan sebaliknya.

“Jadi, menteri itu perlu menjelaskan perkara ini kerana ia menimbulkan pelbagai spekulasi,” jelasnya.

Pada 29 Oktober lalu, Saifuddin memberitahu, Mohd. Shuhaily telah dikembalikan semula kepada PDRM.-UTUSAN

The post Mohd. Shuhaily masih bertugas selagi belum ada arahan rasmi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved