Shuhaily Tidak Dapat Terima Pelantikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM

LocalFootball
5 Oct 2026 • 4:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Shuhaily Tidak Dapat Terima Pelantikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dapat menerima pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti badan bolasepak Malaysia itu.

Menerusi satu kenyataan rasmi FAM memaklumkan, keputusan Shuhaily untuk menolak pelantikan berkenaan susulan kekangan masa dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah AKPS.

"FAM ingin memaklumkan bahawa Dato' Sri Mohd Shuhaily tidak dapat menerima pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM berikutan kekangan masa dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah AKPS," kata FAM dalam satu kenyataan.

Shuhaily Tidak Terima Pelantikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM

FAM bagaimanapun menghormati keputusan beliau di samping turut merakamkan penghargaan kepada Shuhaily atas kesediaan dan komitmen beliau sebelum ini.

"FAM menghormati keputusan tersebut serta merakamkan penghargaan kepada Dato' Sri Mohd Shuhaily atas kesediaan dan komitmen beliau sebelum ini untuk membantu FAM dalam memperkukuhkan aspek integriti dan tadbir urus," ujarnya.

Baca juga:

Dalam pada itu, FAM juga akan memastikan kelancaran fungsi Jawatankuasa Integriti terus diberi perhatian bagi menyokong usaha memperkukuhkan integriti dan tadbir urus FAM.

Sebelum ini, FAM telah mengumumkan pelantikan Shuhaily sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM yang dipengerusikan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved