Shuhaily tolak pelantikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM

LocalFootball
5 Oct 2026 • 5:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Shuhaily tolak pelantikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM

SHAH ALAM, 5 OKT: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dapat menerima pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti badan induk itu.

Menurut FAM, keputusan itu dibuat berikutan kekangan masa dan tanggungjawab beliau sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Justeru, FAM menghormati keputusan berkenaan serta merakamkan penghargaan kepada Mohd Shuhaily atas kesediaan dan komitmen beliau sebelum ini untuk membantu memperkukuh aspek integriti dan tadbir urus persatuan.

“FAM akan memastikan kelancaran fungsi Jawatankuasa Integriti terus diberi perhatian bagi menyokong usaha memperkukuhkan integriti dan tadbir urus FAM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, FAM mengumumkan pelantikan Mohd Shuhaily sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM.

Jawatankuasa itu dipengerusikan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved