Jika mereka datang dengan niat baik, kami terima – Keluarga Irene Sofiya

5 Oct 2026 • 5:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Keluarga Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal terbuka menerima kunjungan keluarga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian pelajar Tingkatan Empat itu.

Image from: Jika mereka datang dengan niat baik, kami terima – Keluarga Irene Sofiya

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, ibu saudara Allahyarham, Siti Nur Faeza Khyar, 45, berkata pihak keluarga tidak menutup pintu kepada mana-mana pihak yang mahu datang menemui mereka dengan niat baik, termasuk ahli keluarga suspek.

“Kalau keluarga nak datang atau apa-apa, kami akan terima.
“Kalau datang dengan hati yang terbuka, kami akan terima semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas keluarga berkenaan menerima kunjungan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, pada Isnin.

Dalam pada itu, Siti Nur Faeza turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Raja Permaisuri Agong yang berkenan berangkat menziarahi keluarga Allahyarham.

Image from: Jika mereka datang dengan niat baik, kami terima – Keluarga Irene Sofiya

Menurutnya, kunjungan tersebut amat dihargai keluarga terutama ketika mereka masih berdepan detik sukar susulan kehilangan Irene Sofiya.

“Kami ingin berterima kasih kepada Raja Permaisuri Agong atas perhatian dan kesempatan untuk bertemu dengan kami serta memberikan sedikit nasihat kepada keluarga,” jelasnya.

Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menziarahi keluarga Irene Sofiya di Yong Peng pada Isnin.

Irene Sofiya, 16, ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng pada Sabtu lalu dan kes berkenaan disiasat sebagai kes bunuh.

Susulan kejadian itu, tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Seorang daripada mereka kemudian direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved