Shuib tak salah! Mamat Sepah mohon maaf, akui jadi punca konflik -“Sayalah batu api sebenarnya”

Entertainment
27 Oct 2026 • 4:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak Mamat Sepah mengakui dirinya menjadi punca tercetusnya konflik antara dua sahabatnya, Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu, susulan kontroversi yang timbul menerusi sebuah podcast sebelum ini.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Haji Murad berkata, tindakannya yang menjadi ‘batu api’ menyebabkan Shuib turut terpalit dalam pertikaian berkenaan, sedangkan rakannya itu tidak sepatutnya dipersalahkan.

“Sebenarnya Shuib tak ada salah apa pun. Shuib tak salah malah ahli keluarga dia pun (tak bersalah). Saya yang ‘spark’ kan cerita itu,” katanya menerusi sesi siaran langsung di media sosial.

Image from: Shuib tak salah! Mamat Sepah mohon maaf, akui jadi punca konflik -“Sayalah batu api sebenarnya”

Mengulas kecaman yang diterimanya, Mamat mengakui tidak berkecil hati apabila pengguna media sosial melabelkan dirinya sebagai ‘batu api’ kerana menyedari tindakannya sendiri menjadi pencetus konflik tersebut.

“Betul. Kalau tengok dalam video tu, sayalah batu api sebenarnya,” ujarnya.

Image from: Shuib tak salah! Mamat Sepah mohon maaf, akui jadi punca konflik -“Sayalah batu api sebenarnya”

Susulan pengakuan itu, Mamat turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf secara terbuka kepada Jep dan penyokong pelawak berkenaan.

Jelasnya, permohonan maaf tersebut dibuat dengan penuh keikhlasan selepas mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk memikirkan perkara yang berlaku.

“Saya mohon maaf secara terbuka supaya dapat selesaikan isu ini dengan penyokong Jep. Saya dengan rendah hati dan juga ikhlas memohon maaf semua,” katanya.

Image from: Shuib tak salah! Mamat Sepah mohon maaf, akui jadi punca konflik -“Sayalah batu api sebenarnya”

Dalam pada itu, Mamat berharap hubungan antara mereka dapat kembali pulih, selain menyeru orang ramai supaya terus memberikan sokongan kepada Jep, Shuib, Pak Ya dan Rahim.

Beliau turut meminta pengguna media sosial menghentikan penghantaran mesej berunsur kecaman serta kata-kata kesat terhadap dirinya dan Shuib.

Menurutnya, meskipun peminat berhak berasa kecewa apabila artis kesayangan mereka diperkatakan, perkara itu tidak seharusnya membawa kepada penghinaan atau serangan peribadi.

Terdahulu, konflik berkenaan tercetus selepas Shuib dan Mamat meminta pandangan pelawak Azlee Senario mengenai isu pembahagian bayaran dalam kumpulan yang didakwa tidak adil menerusi Dol’s Podcast.

Pada 8 Oktober lalu, Jep memuat naik sedutan podcast berkenaan yang dipercayai merujuk kepada dirinya meskipun namanya tidak disebut secara langsung.

Susulan itu, Jep menasihati Shuib supaya memberikan perhatian kepada perkara lebih penting, termasuk isu tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan perniagaannya.

Artikel lain: Jep Sepahtu tunjuk bukti resit bayar zakat! Bidas -“Kalau sembang semua orang boleh, lagi lagi zaman podcast”

Jep kemudian berkongsi bukti pembayaran zakat perniagaan yang dilunaskan setiap tahun bagi menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil hak orang lain.

Sementara itu, Shuib sebelum ini turut tampil memohon maaf kepada Jep berhubung sindiran yang dibuat menerusi podcast berkenaan.datukaiman09539

Sumber: TikTok datukaiman09539

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved