Shukor gembira dengan komitmen pemain

FootballSports
7 Sep 2026 • 10:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Shukor gembira dengan komitmen pemain

SEPANG – Kemampuan pemain untuk menyerap taktikal pasukan dengan lebih cepat menjadi kunci utama kepada kejayaan skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-20 di China, tahun depan.

Pengendali negara, Shukor Adan menjelaskan anak buahnya berhak untuk mendapatkan slot ke pusingan akhir Piala Asia B-20 kerana sudah bekerja keras untuk mengikut segala perancangan barisan kejurulatihan.

“Pemain bagi komitmen yang amat baik walaupun pada perlawanan terakhir (kelayakan menentang Laos) itu kami belum tahu bagaimana kedudukan pasukan. Namun kami yakin kalau rezeki itu ada, kami tetap akan layak.

“Hasil daripada komitmen semua pemain, kami tidak tewas dalam kempen kelayakan dan itu perkara paling positif. Pemain juga menunjukkan karakter yang amat baik walaupun persiapan hanya seminggu kerana ada pemain yang terlibat dengan Sukma (Sukan Malaysia).

“Paling penting mereka berjaya menyesuaikan diri dengan cepat terhadap taktikal saya. Akhirnya, ini yang mereka berhak dapat iaitu ke Piala Asia,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), hari ini.

Terdahulu, skuad muda negara mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-20 selaku salah satu daripada tujuh slot pasukan tempat kedua terbaik.

Sepanjang tiga aksi peringkat Kumpulan H, skuad negara kekal tanpa kalah, meraih dua keputusan seri dan menang sekali. – KOSMO! ONLINE

The post Shukor gembira dengan komitmen pemain appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved