SHUT, Momoyo santuni anak yatim, mangsa pemerdagangan manusia

13 Mar 2026 • 5:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
SHUT dengan kerjasama syarikat ais krim, Momoyo menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Amal bagi menyantuni anak yatim serta memberi sokongan kepada mangsa pemerdagangan orang sempena Ramadan.
image is not available
Dini Dalilah Wan Nordin

SHAH ALAM – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Stop Human Trafficking (SHUT) dengan kerjasama syarikat ais krim, Momoyo menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Amal bagi menyantuni anak yatim serta memberi sokongan kepada mangsa pemerdagangan manusia sempena Ramadan.

Pengasas SHUT, Dini Dalilah Wan Nordin berkata, program tersebut dianjurkan bagi memperkukuh nilai kemanusiaan, empati dan kebersamaan dalam masyarakat khususnya terhadap golongan yang memerlukan perhatian serta perlindungan.

**media[3462448]**

“Program ini menghimpunkan anak-anak yatim, sukarelawan, rakan strategik serta wakil komuniti bagi bersama-sama merasai kemeriahan berbuka puasa dalam suasana penuh kasih sayang.

“Selain menyediakan juadah berbuka puasa, pihak penganjur turut menyampaikan sumbangan duit raya serta cenderahati kepada anak-anak yatim dan mangsa pemerdagangan orang di bawah program perlindungan serta pemulihan SHUT,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, inisiatif tersebut bertujuan memberi keceriaan kepada golongan berkenaan di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu pemerdagangan manusia yang masih berlaku.

“Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pempengaruh media sosial serta artis tempatan yang hadir bagi menyatakan sokongan terhadap usaha kebajikan berkenaan.

“Kehadiran mereka bukan sahaja menceriakan suasana majlis malah membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan membantu golongan yang memerlukan khususnya anak-anak yatim dan mangsa pemerdagangan manusia,” ujarnya.

Beliau berkata, melalui kerjasama antara SHUT dan Momoyo, program ini mencerminkan semangat kolaborasi antara sektor korporat dan pertubuhan masyarakat sivil dalam memperkukuhkan jaringan sokongan kepada golongan rentan.

“Ia selaras dengan nilai kemanusiaan dan keprihatinan yang dizahirkan sepanjang bulan Ramadan,” katanya.