“Siap ada commentator lagi” – Video Pergaduhan 2 Individu Tarik Perhatian, Netizen Terkejut Tengok Intro

Entertainment
16 Jul 2025 • 4:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan dua individu bergaduh dengan begitu agresif sehingga ada yang jatuh terduduk.

Dalam video itu, kelihatan pergaduhan bermula apabila salah seorang daripada mereka mula membuat provokasi, lalu seorang lagi individu itu naik darah dan melawan.

image is not available

Video penuh klik di sini.

Menerusi video yang tular di X itu, kelihatan pergaduhan mereka berdua itu cuba dileraikan oleh pengawal keselamatan serta orang yang difahamkan ada kena-mengena dengan salah seorang daripada mereka.

Kedengaran suara yang merakam itu berkata salah seorang daripada mereka memang ‘ingin berlawan’ kemudian kedua-dua mereka tidak dapat dileraikan, ada juga individu yang merakam itu berkata ingin memanggil polis.

image is not available

Banyak komen netizen yang memberi pendapat tentang isu pergaduhan itu tetapi ada juga yang membuat komen seakan commentator perlawanan sukan MMA.

image is not available

Dalam pada itu, ada netizen mendakwa salah seorang lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu merupakan jurulatih sukan MMA.

image is not available

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak polis atau mana-mana individu yang terlibat.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.