
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebanyakan negara di dunia mempunyai persamaan dari segi agama yang dianuti oleh rakyat mereka sendiri.
Contohnya seperti agama Islam, bukan hanya masyarakat dari negara Arab sahaja yang menganutinya malah negara di Eropah mahupun Asia turut mempunyai individu yang beragama Islam.
Oleh kerana itu, tidak hairanlah kebanyakan negara tetap menyambut dan meraikan perayaan yang sinonim dengan agama ini seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Namun, budaya dan adat yang berbeza menyebabkan perayaan ini disambut dengan cara mereka tersendiri.
Rakyat Indonesia Bertakbir Sambil Berarak, Siap Dengan Kereta Berhias
Baru-baru ini, tular di media sosial gelagat dan aksi rakyat dari negara seberang, Indonesia yang menjadi perhatian ramai.
Menerusi video yang tular di TikTok @ipanse_, kelihatan beberapa individu berpakaian seperti ahli silap mata berarak bersama sebuah kereta berhias yang berbentuk seperti sebuah sarkas.
Apa yang menjadi perhatian adalah perarakan itu diiringi dengan takbir raya yang telah dilagukan.
Bukan itu sahaja, turut terdapat kalimah Allah dan Muhammad serta 99 nama Allah diletakkan pada kereta berhias yang berwarna biru, kuning dan merah itu.
Malah, beberapa individu berkenaan turut dilihat berhenti beberapa ketika sambil menari dan menyanyikan alunan takbir tersebut di hadapan orang ramai.
Al Manaar Kalangan Juara 1 Lomba Takbir IRM Jambidan 1446H/2025 Yogyakarta @PRIMA #almanaar#almanaarkalangan#jambidan#takbiranjambidan#irmjambidan
Tonton video penuh [DI SINI]
Ada Kumpulan Pancaragam Yang Turut Mengiringi Persembahan
Menerusi hantaran berasingan, ada kumpulan di mana kesemua pesertanya memakai kostum sambil bertakbir.
Malah, nyanyian mereka turut diiringi sebuah kereta berhias bersama kumpulan pancaragam.
Masjid Al Manaar Kalangan Juara 1 Musik dan Kostum Takbiran IRM Jambidan Top Banget #almanaar#almanaarkalangan#irmjambidan#jambidan#takbiranjambidan #malaysia
Kostum Al Manaar Kalangan sangat cuteee sekalii😭✨@PRIMA #almanaar#almanaarkalangan#irmjambidan#jambidan#takbiranjogja#maskotjambidan
Tonton video penuh [DI SINI]
Difahamkan, persembahan itu merupakan salah satu acara dalam Karnaval Takbir IRM Jambadan 2025 yang diadakan di Yogyakarta pada 7 Jun lalu.
Memetik laman Kompasiana, seramai 19 peserta dari pelbagai daerah telah menyertai pertandingan tersebut dan peserta berpeluang memenangi trofi, wang tunai malah empat ekor kambing.
Pengguna Media Sosial Beri Pendapat Tersendiri Lihat Persembahan Diiringi Dengan Takbir
Perkongsian yang telah mendapat lebih 270,000 tontonan itu nyata mendapat pelbagai respon pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat persembahan peserta dalam acara berkenaan.
Ramai yang berpendapat persembahan sebegitu seolah-olah mempersendakan agama Islam lebih-lebih lagi perarakan itu diiringi dengan takbir raya yang dilagukan.
Pun begitu, ada segelintir pengguna media sosial melihatnya dari sudut positif dan menyifatkan ia satu perkara yang kreatif.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Tolongla Jangan Normalkan Macam Ni, Aku Tengok Dah Macam Persendakan Agama”

“Hairan Banyak Komen Yang Berlebihan, Sedangkan Ini Pertandingan, Pertandingan Festival Takbir Di Jogja Memang Seperti Ini”

“Tak Rasa Berdosa Ke Penganjur Macam Ni”

“Tak Rasa Macam Mempersendakan Agama Ke? Nama Allah & Rasul Dibadutkan?”

“Lain Dari Yang Lain, Yang Penting Tutup Aurat, Cuma Terkejut Sikit Tengok Perarakan Macam Ni”

Baca Artikel Berkaitan: Pramugara AirAsia Pimpin Takbir Raya Semasa Penerbangan Ke Tawau Raih Pujian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tengah Sedap Bertakbir Raya Sekali Tertukar Baca Doa Iftitah
Source:


