
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Perkahwinan campur yang menemukan warga Malaysia dengan rakyat dari negara atau bangsa lain bukanlah suatu perkara yang baharu.
Bahkan kita juga dapat melihat rakyat Malaysia menemui jodoh dengan pelbagai bangsa dari bermacam-macam negara dan benua.
Perkara ini secara tidak langsung dapat memperluaskan budaya dua negara ini untuk dikenali antara satu sama lain termasuklah keluarga mereka.
Bawa barangan dari Malaysia sebagai cenderamata untuk ahli keluarga di Jepun
Baru-baru ini, seorang wanita Jepun, Arisa yang berkahwin dengan lelaki Malaysia telah pulang ke negaranya bersama suami dikenali sebagai Joshua dengan membawa beberapa barangan dari negara ini sebagai cenderahati untuk keluarganya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Malaypan_tv di TikTok, awalnya kelihatan Arisa memaklumkan kepada keluarganya mereka telah membawa cenderahati dari Malaysia.
Dia kemudian mengeluarkan satu kotak besar untuk diberikan kepada bapanya dan memaklumkan barangan tersebut daripada bapa mentua.
Wajah bapa begitu gembira dapat hadiah dari besan
Sebaik ayah Arisa membukanya, kelihatan bingkai hiasan dinding bercorak seperti ikan Koi emas yang dibeli dari Royal Selangor.
“Pertama sekali untuk ayah. Bapa Joshua dapatkan ini sempena ulang tahun awak yang ke 60 tahun,” kata Arisa kepada bapanya.
Malah dia juga memaklumkan kepada ayahnya, cenderahati itu diperbuat daripada besi tin (pewter).
Kelihatan wajah ayahnya begitu gembira sebaik mendapat hadiah tersebut dan mengucapkan terima kasih.
Selain itu, ibu Joshua juga memberikan sup ayam kepada semua ahli keluarga Arisa di Jepun.
Turut belikan kakak hadiah beg Vincci & sabun gamat
Selepas bapa, dia kemudian memberikan beg tangan jenama Vincci kepada kakaknya. Bukan hanya itu dia juga memberikan minyak angin serta sabun gamat untuk ahli keluarga.
Kelihatan dia membeli lebih dari lima buku sabun untuk digunakan keluarga di Jepun. Melihat Arisa membawa begitu banyak sabun gamat terbabit turut membuatkan ahli keluarganya terhibur dan ketawa melihat keletah mereka.
Belikan anak buah kereta mainan model Tesla
Manakala untuk anak buah lelaki kesayangannya pula, Arisa membelikan kanak-kanak tersebut sebuah kereta main Tomica Tesla Model Y.
Sebaik mendapat kereta mainan tersebut kelihatan wajah kanak-kanak itu begitu gembira dan teruja apabila mendapat barangan itu.
Arisa juga memberitahu kanak-kanak itu, suaminya juga baharu sahaja membeli kereta jenis sama seperti mainannya di Malaysia.
Antara barangan lain yang dibawa oleh Arisa buat keluarga di Jepun adalah:
- Keropok tempeh.
- Snek rumpai laut.
- Snek coklat Milo dan Kinder Bueno iaitu Kinder Joy.
- serial jenama Kellogg’s iaitu Froot Loops.
- Ubat batuk cap ibu dan anak atau Nin Jiom Pei Pa Koa yang menjadi kegemaran kakaknya selain memuji ia bagus untuk tekak.
- Bam cap harimau (tiger balm).
- Susu Dutch Lady.
Bersyukur keluarga suka dengan barangan dibawa dari Malaysia
Reaksi ahli keluarga yang begitu teruja menerima cenderahati yang dibawa dari Malaysia merupakan momen indah buat Arisa dan Joshua.
Malah mereka bersyukur kerana mereka menyukai setiap cenderamata yang diberikan.
@malaypan_tv BRINGING MALAYSIA🇲🇾 TO JAPAN🇯🇵 I gave my family in Japan some souvenirs I got in Malaysia #japan #malaysia #japanculture #surprise ♬ original sound – Malaypantv 🇯🇵🇲🇾
Ramai suka lihat reaksi keluarga Arisa terima cenderamata, siap pesan bawa Super Ring
Melihat di ruangan komen, ramai yang suka melihat reaksi keluarga Arisa menerima kesemua hadiah yang dibawa oleh mereka.
Malah ada juga yang mengatakan terdapat beberapa barangan merupakan idea yang bagus untuk diberikan sebagai cenderamata kepada kenalan.
Tidak kurang juga ada yang meminta Arisa untuk membawa snek makanan ringan seperti Super Ring kepada ahli keluarganya.
Selain itu, ada yang berterima kasih kepadanya kerana barangan yang dibawa secara tidak langsung turut mempromosikan Malaysia ke negara lain.
“Mereka sangat gembira walaupun hadiahnya kecil”

“Wow Royal Selangor, cantik!”

“Lepas ni bawakan mereka Super Ring, snek dari Malaysia”

“Saya berikan dodol sebagai cenderamata kepada rakan Jepun, mereka sangat menyukainya dan mengatakan ia seperti mochi”


![“Sebaknya Hati” – Wanita Dakwa 20KG Daging Korban Dibuang Di Pelupusan Sampah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![Tular Perodua Aruz Dipandu Secara Lawan Arus: Pemandu Rupanya Hilang Fokus Kerana Bergaduh Dengan Isteri [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![4 Jemaah Haji Indonesia Didakwa Merokok Dalam Bilik Hotel, Jadi Punca ‘Fire Alarm’ Berbunyi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)