Siap Ada Set ‘Unlimited Refill’, Nikmati Hidangan Lazat Atas Daun Pisang Di Volnana Sibu Ini

3 Sep 2023 • 1:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tempat makan best di Sibu untuk anda.

Siap Ada Set ‘Unlimited Refill’, Nikmati Hidangan Lazat Atas Daun Pisang Di Volnana Sibu Ini. Buat anda yang berada di Sibu, apa kata anda cuba makanan lazat yang dihidangkan di restoran Volnana ini!

Apa yang uniknya di sini, mereka menyediakan makanan di atas daun pisang! Set nasi bersama lauk sampingan lazat yang dihidangkan di atas daun pisang ini pula anda boleh tambah seberapa banyak yang anda inginkan jika anda pilih set ‘unlimited refill‘.

image is not available
Siap Ada Set ‘Unlimited Refill’, Nikmati Hidangan Lazat Atas Daun Pisang Di Volnana Sibu Ini. Kredit foto: FB Volnana

image is not available
Kredit foto: FB Volnana

image is not available
Kredit foto: FB Volnana

Set unlimited refill yang berbaloi

Untuk set unlimited refill berbaloi ini, anda akan diberikan nasi, dua jenis sayur yang lazat, papadum, dan juga kuah kari Volnana. Dalam set ini anda akan diberikan pilihan ayam istimewa atau ikan goreng kampung namun dua jenis protein ini tidak termasuk untuk ditambah secara percuma.

Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat pelbagai menu tambahan yang menarik untuk anda cuba seperti Chicken Varuval, Curry Mutton Fried Sotong, Sambal Petai, Claypot Tenggiri, Telur Masin dan banyak lagi.

image is not available
Kredit foto: FB Volnana

image is not available
Kredit foto: FB Volnana

Menu mee goreng mamak pun ada di sini

Menu lain seperti Mamak Mee, Mamak Meehoon dan Mamak Kueytiaw juga ada disediakan untuk anda. Untuk minumannya pula, anda perlu cuba Signature Teh Tarik, Sirap Bandung, Cendol dan juga ABC mereka.

Tunggu apa lagi cepat bawa keluarga, rakan-rakan serta orang tersayang untuk menjamu selera di restoran Volnana ini!

Lokasi: No 22, Lorong Tunku Abdul Rahman 31A, Sibu.

Lagi tempat makan best di Sibu untuk anda di sini: