“Siap Beli Rumah, Kereta, Bela ‘Anak Ikan’ Di Kolej” – Founder Kosmetik Dedah Staff Seleweng Duit Syarikat Lebih RM400K

19 Oct 2023 • 10:27 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang usahawan produk kosmetik dikenali sebagai Puteri Kasim baru-baru ini telah mencuri perhatian warga maya gara-gara pendedahannya mengenai kakitangan yang paling beliau percayai telah mengkhianatinya.

Dedah Puteri Kasim, pekerjanya yang bernama Ella itu telah pecah amanah dan menggunakan wang syarikat berjumlah RM173,000 untuk kegunaan peribadi.

Bukan sahaja menggunakan wang syarikat untuk membeli barang mewah serta aset seperti kereta dan rumah, malah wanita itu juga didakwa menduakan suaminya sendiri dengan ‘membela anak ikan’ di Universiti.

Berikutan itu, Puteri Kasim terpaksa mengorbankan pelbagai aset miliknya untuk membayar kebajikan pekerja lain dan kelangsungan hidupnya anak beranak.

Malah, kejadian pecah amanah itu sebenarnya telah berlaku sejak 3 tahun lalu dan Puteri Kasim juga pernah menuduh suaminya mencuri duit syarikat sehinggakan hampir bercerai.

Pendedahan tersebut turut ditularkan di media sosial terutamanya di aplikasi X di mana Puteri Kasim memaklumkan bahawa dia tidak akan menurunkan post berkenaan kes itu selagi tidak menerima wang yang dicurinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Kita Tak Mampu Pergi Perang, Apa Salahnya.." - Zulin Aziz Gesa 'Influencer' Dan Artis Bersuara Sokong Tunjuk Solidariti Buat Rakyat Palestin