Siap Buat Wheelie, FoodPanda Kantoi Tunggang Motosikal Secara Berbahaya Di Kuching

4 Feb 2024 • 8:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

FoodPanda selamba lakukan aksi wheelie di Kuching

Siap Buat Wheelie, FoodPanda Kantoi Tunggang Motosikal Secara Berbahaya Di Kuching. Selamba menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi wheelie, penghantar makanan Foodpanda kantoi dirakam dashcam sebuah kereta di Kuching.

Dalam video dashcam yang telah dikongsikan di Facebook berkenaan, jelas menunjukkan penunggang tersebut sedang menunggang dengan merbahaya serta melakukan aksi ‘Wheelie’.

image is not available
Siap Buat Wheelie, FoodPanda Kantoi Tunggang Motosikal Secara Berbahaya Di Kuching. Kredit gambar: Gambar tangkap layar dari FB Sarawak Roads Update

Video mendapat pelbagai reaksi dari netizen

Video berkenaan kemudiannya telah mendapat pelbagai reaksi dan kritikan daripada netizen yang rata-ratanya berasa aksi daripada penunggang penghantar makanan tersebut amatlah berbahaya.

Menunggang motosikal secara melulu dan melakukan aksi wheelie ini bukan sahaja boleh membahayakan nyawa diri sendiri malah ia juga boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Untuk pengetahuan, kesalahan ini boleh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/tyt-sarawak-sarapan-pagi-di-old-rex-dan-luang-masa-di-pasar-satok

https://www.iloveborneo.my/majlis-khatam-al-quran-sk-st-thomas-berlangsung-dengan-jayanya