Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan apabila sudah berusia, seseorang itu tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melakukan sesuatu perkara dengan pantas atau cepat apatah lagi jika mahu melintas di jalan raya.
Namun mereka ini masih mempunyai komitmen yang perlu dilakukan dan terpaksa keluar meskipun terbatas dengan keupayaan diri sendiri. Walau bagaimanapun sikap prihatin rakyat Malaysia yang suka tolong-menolong sering menjadi perhatian ramai.
Pengguna jalan raya bantu warga emas melintas
Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan tindakan terpuji pengguna jalan raya apabila mereka dilihat cuba membantu seorang wanita dipercayai warga emas melintas jalan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Nfellisa di Threads, awalnya kelihatan tiga individu yang merupakan penunggang dan pembonceng motosikal berada di tepi lampu isyarat merah sedang membantu seorang aunty untuk melintas dengan tongkatnya.
Siap dukung bawa sehingga ke bahu jalan untuk melintas
Turut kelihatan seorang lelaki sedaya upaya cuba mendukung aunty berkenaan manakala seorang lagi wanita membawa tongkat warga emas berkenaan.
Mereka kemudian dilihat melintas ke seberang jalan sementara lampu isyarat masih lagi merah.
Sebaik sampai di bahu jalan, lelaki itu kemudian menurunkan warga emas berkenaan dan menyerahkan semula tongkatnya.
Insiden itu dipercayai berlaku di Taman Melawati, Kuala Lumpur berdekatan dengan bangunan Telekom Malaysia (TM).
View on Threads
Ramai puji tindakan abang dan kakak yang bantu aunty melintas jalan
Menjengah ke ruangan balas, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada lelaki dan wanita itu kerana membantu aunty tersebut untuk melintas jalan dengan selamat.
Malah tidak kurang juga ada yang memuji mereka orang yang baik kerana sikap yang murni itu.
Bukan hanya itu, ramai juga yang mendoakan kesejahteraan pengguna jalan raya yang membantu aunty tersebut dan menyifatkan mereka seperti hero.
Ada juga segelintir yang menyifatkan perbuatan mereka telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia memang sayangkan sesama sendiri dan akan membantu tanpa mengira bangsa dan agama.
“Terima kasih abang kakak”
![Image from: Siap Dukung Aunty Untuk Melintas, Tindakan Pengguna Jalan Raya Bantu Warga Emas Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/bantu-aunty-melintas-1.jpg)
“Saya doakan. Rezeki abang dan kakak yang tolong. Allah mudahkan seluas laut. Semua urusan sentiasa mudah. Allah kurniakan ganjaran dunia akhirat.”
![Image from: Siap Dukung Aunty Untuk Melintas, Tindakan Pengguna Jalan Raya Bantu Warga Emas Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/bantu-aunty-melintas-2.jpg)
“Kita ni gaduh-gaduh juga, tapi sebenarnya sayang je dekat semua kaum dekat Malaysia ni.”
![Image from: Siap Dukung Aunty Untuk Melintas, Tindakan Pengguna Jalan Raya Bantu Warga Emas Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/bantu-aunty-melintas-3.jpg)



![[VIDEO] Orang ramai berpakat lapor penunggang L langgar lampu merah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-05-at-11.38.38-AM-1024x576.jpeg)


