“Siap gelak” – Netizen Terkilan Ramai Tak Tahu Nama Penuh Nabi Muhammad SAW

Entertainment
11 Jun 2024 • 4:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, tular mengenai eksperimen sosial yang bertanya tentang sejauh manakah pengetahuan golongan muda mengenali tokoh penting negara.

Kali ini pula, eksperimen sosial mengenai tokoh penting dalam agama Islam telah meraih perhatian ramai apabila beberapa individu dalam video ini tidak mengetahui nama penuh Nabi Muhammad SAW.

Dalam video yang dimuat naik oleh @dventuressg, seorang lelaki melakukan eksperimen sosial bersama beberapa orang awam yang berada di Singapore Expo.

Lelaki tersebut pada mulanya menyebut nama-nama figura terkenal dan individu yang ditanya perlu menyambung nama penuh tersebut.

Antara individu ternama yang disebut seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Brad Pitt. Kesemua individu dilihat boleh menjawab soalan itu dengan mudah.

Namun, apabila diminta untuk menyambung nama penuh pemimpin agung sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad SAW, ramai yang ‘tersangkut’ dan tidak dapat menjawabnya.

Walaupun individu-individu yang ditanya dalam video itu dikaburkan, soalan yang diajukan dipercayai kepada mereka yang beragama Islam.

“Nabi Muhammad bin?” soalnya.

Pada akhir perkongsian berkenaan, lelaki tersebut berkata bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan nabi paling penting yang pernah lahir di muka bumi ini.

Jelasnya lagi, orang ramai sepatutnya mengenali Baginda lebih daripada seseorang itu mengenali ibu bapa mereka sendiri.

Namun, menerusi video berasingan, ada beberapa individu yang boleh menjawab nama penuh Nabi Muhammad SAW dengan mudah.

@dventuressg

Replying to @pynkwhimsical Previous video is not to shame anyone but to REMIND each other INSHA ALLAH. I believe there is many that benefited from it. Let’s spread positivity not hate. Insha Allah. #dventures #dventuressg #islamicreminder #sgmuslims

♬ original sound – D’Ventures SG – D’Ventures SG

“Merisaukan…”

Rata-rata yang melihat video terbabit meluahkan rasa terkilan dengan generasi sekarang kerana ada yang tidak mengetahui nama penuh Baginda Rasulullah SAW.

Bukan itu sahaja, netizen juga kecewa dengan seorang individu dalam video terbabit yang ketawa kerana tidak dapat menjawab nama penuh Baginda.

image is not available image is not available image is not available

Semoga kita semua tidak terus lalai dan sama-samalah kita perbaiki diri…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.