Menteri Arah Pihak Berkaitan Buat Pemeriksaan Segera Lepas Tular Gambar Keadaan Flyover Di KL Seakan Retak

8 Jun 2024 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang keadaan terkini sebuah flyover di Kuala Lumpur yang seakan retak dan perkara ini sudah tentu telah menimbulkan kegusaran ramai kerana ramai yang menggunakan jalan flyover itu untuk ke destinasi masing-masing.

Perkara tersebut pada mulanya telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Abdul Rahman A Said sebelum ia dikongsikan semula di platform X.

Difahamkan, flyover itu terletak berdekatan dengan Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

image is not available

Dalam gambar yang tular itu, dapat dilihat bahawa keadaan terkini flyover itu seakan retak dan paling membimbangkan, keretakan tersebut semakin besar jika dibandingkan dengan sebelum ini.

image is not available

Walau bagaimanapun, perkongsian orang awam tentang keadaan flyover itu telah mendapat perhatian Menteri Kerja Raya iaitu Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang telah mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi lebuhraya SPE untuk turun ke tapak secepat yang mungkin untuk membuat pemeriksaan dan penilaian dengan kadar segera.

Orang ramai juga menggesa pihak berkaitan untuk membaiki keadaan flyover itu jika benar ia retak agar sebarang kemalangan di kawasan itu dapat dielakkan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved