

Sempena Hari Merdeka yang ke-69, JETOUR Malaysia tampil 'menggegar' pasaran tempatan dengan melancarkan JETOUR T2 Dark Warrior Limited Edition. Hanya 69 unit ditawarkan di seluruh Malaysia, menjadikannya model koleksi eksklusif yang sangat terhad!
Dari segi penampilan, JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad menampilkan kemasan luaran hitam matte yang dipadankan dengan beberapa penambahbaikan visual bagi menyerlahkan lagi karakter SUV yang berjiwa pengembaraan.
Antaranya termasuk rel bumbung berkemasan hitam, logo JETOUR dan emblem T2 di bahagian belakang dengan kemasan hitam, serta angkup brek berwarna merah.
SUV ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo direct injection yang menghasilkan kuasa 180kW dan tork 375Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan serta sistem JETOUR’s Intelligent XWD dengan 7+X mod pemanduan.


JETOUR T2 turut menawarkan ruang kabin yang luas dan terhubung, selain dilengkapi ciri keselamatan menyeluruh termasuk Sistem Bantuan Pemanduan Termaju Tahap 2 (Level 2 Advanced Driver Assistance Systems), enam beg udara SRS dan Sistem Pemantauan Pandangan Panorama (Panoramic View Monitoring System).
Model ini juga telah memperoleh penarafan keselamatan lima bintang ASEAN NCAP.

Bagi melengkapkan penampilan luaran JETOUR T2 Dark Warrior Limited Edition yang tersendiri, kenderaan ini ditawarkan bersama pakej aksesori Dark Warrior tulen daripada JETOUR. Pakej ini merangkumi:
Guard Rail
Gril
Tangga Sisi Modular
Rak Bumbung Warrior
Emblem Stealth
Plat Gantung Sisi

Nota: Tempahan kini dibuka di mana-mana bilik pameran sah JETOUR di seluruh negara.



