“Siap Samping & Tanjak” – Keluarga ‘All-Out’ Berbaju Raya Tema Hello Kitty Raih Perhatian [Video]

2 Apr 2025 • 6:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap kali Aidilfitri, pemilihan baju raya sedondon sudah menjadi trend dalam kalangan keluarga. Selain menambahkan kemeriahan, ia juga menjadi simbol kesepakatan antara ahli keluarga.

Kebanyakan orang memilih warna-warna klasik seperti biru, hijau atau pastel. Namun ada juga yang tampil dengan tema unik untuk mencipta kelainan dalam sambutan raya mereka.

Begitulah yang dilakukan oleh sebuah keluarga ini apabila mereka memilih tema yang cukup luar biasa iaitu Hello Kitty.

Keluarga Berbaju Raya Tema Hello Kitty

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok (@kakakhellokitty), seorang wanita berkongsi keterujaan menyambut raya bersama-sama keluarganya dengan tema Hello Kitty.

Mereka sekeluarga mengenakan pakaian serba pink lengkap dengan perincian watak kartun popular tersebut.

Si suami dan anak lelaki lengkap mengenakan tanjak serta sampin bercorak Hello Kitty, manakala anak perempuan pula memakai telinga kucing untuk menyesuaikan diri dengan tema mereka.

Dalam video itu juga, keluarga ini dilihat keluar makan bersama-sama sambil memperagakan pakaian bertema sama yang mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Namun, ini bukan kali pertama Kakak Hello Kitty dan keluarganya tampil menggayakan baju raya bertemakan Hello Kitty untuk acara-acara besar.Malah sekitar 2021, mereka juga pernah memperagakan baju “Captain America” semasa musim perayaan.

image is not available
Sumber: KakakHelloKitty

Bercakap kepada The Rakyat Post, pemilik video menjelaskan bahawa baju raya bertemakan Hello Kitty tersebut ditempah daripada Indonesia khas untuk keluarganya.

Netizen Terhibur, Ada Juga Yang Anggap Terlalu Keterlaluan

Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji keberanian keluarga ini tampil dengan konsep berbeza dan menganggap ia sebagai satu cara meraikan kebahagiaan bersama.

Ramai juga yang memuji sikap “sporting” si suami yang tidak kisah mengenakan pakaian bertema Hello Kitty demi menggembirakan isteri dan anak-anak.

image is not available
Sumber: TikTok @kakakhellokitty

image is not available
Sumber: TikTok @kakakhellokitty

Namun tidak semua memberikan reaksi positif. Ada yang merasakan tema tersebut terlalu keterlaluan untuk dipakai di tempat awam.

Walau demikian, pemilik video dilihat tenang menjawab segala kecaman yang diberi dengan tenang.

image is not available
Sumber: TikTok @kakakhellokitty

image is not available
Sumber: TikTok @kakakhellokitty

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rekaan Baju Raya Dengan Tema U