
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai pengguna, kita sering kali diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya.
Ini kerana sikap cuai serta gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.
Selain itu, ada juga beberapa faktor lain seperti keadaan jalan yang tidak terurus serta terdapat objek asing di jalan raya yang boleh menjadi punca.
Kadangkala, objek asing seperti serpihan tayar, minyak dan kayu berada di jalan raya bukanlah atas tindakan sengaja oleh seseorang. Ia boleh disebabkan faktor semula jadi atau yang tidak disengajakan.
Baca Artikel Berkaitan: 90% Kemalangan Jalan Raya Berpunca Dari Sikap Pemandu – JPJ
Kayu Diletakkan Atas Jalan Berhampiran Persimpangan
Baru-baru ini, tular di media sosial video sebatang kayu diletakkan di atas jalan raya berhampiran sebuah persimpangan di sawah padi.
Menerusi hantaran yang tular itu, kelihatan beberapa pengguna jalan raya yang kebanyakannya terdiri daripada penunggang motosikal terpaksa memperlahankan kenderaan mereka disebabkan kewujudan kayu tersebut.
Malah, ada yang mengambil langkah alternatif melalui bahagian tepi jalan bagi mengelakkan daripada terlanggar kayu berkenaan.
Keadaan itu nyata menarik perhatian seorang penunggang motosikal yang dilengkapi kamera dipercayai body cam hingga dia bertindak berpatah balik bagi menegur individu yang dipercayai meletakkan kayu berkenaan.
“U-turn (pusing) balik la, nak tanya kenapa letak kayu besar melintang dekat tengah jalan,” tulis penunggang motosikal berkenaan pada video tersebut.
Lelaki Dakwa Pengguna Jalan Raya Bawa Laju & Memekak Depan Rumah
Prihatin dengan nasib pengguna jalan raya yang lain, penunggang motosikal terus bertanyakan sebab di sebalik tindakan tersebut kepada seorang lelaki sebaik dia sampai ke sebuah rumah di tepi jalan.
Namun, lelaki berkenaan mendakwa ada segelintir pengguna yang membawa laju di kawasan tersebut.
Pun begitu, alasan itu tidak diterima oleh penunggang motosikal berkenaan kerana baginya ia berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain lain.
“Budak lain yang ini (guna jalan), jangan macam ni bang, bahaya bang. Bahaya kereta lalu,” kata penunggang motosikal berkenaan.
Namun, kedengaran lelaki itu tetap bertegas dengan jawapannya dan mahu setiap pengguna jalan raya yang menggunakan laluan itu membawa kenderaan mereka dengan kelajuan yang perlahan.
Malah, tidak berpuas hati kerana ditegur, lelaki itu kemudiannya dilihat berang dan cuba melakukan sesuatu kepada penunggang motosikal berkenaan.
“Bukan depan rumah kau bolehla kau cakap, memekak je,” kata lelaki itu lagi.
Namun, penunggang motosikal berkenaan tetap menyatakan bahawa perbuatan tersebut amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.
letak kayu dekat jalanBahaya ni letak kayu
Posted by Haa Tepuk on Monday 31 March 2025
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi, Ada Yang Menyokong Tindakan Lelaki Letak Kayu
Video yang telah mendapat lebih 327,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat insiden berkenaan.
Ada yang menyokong perbuatan lelaki terbabit memandangkan ada pengguna jalan raya yang didakwa bertindak memandu dengan laju hingga boleh membahayakan orang lain.
Namun, ada pula yang berpendapat tindakan lelaki meletakkan kayu sememangnya bahaya dan lebih baik dia membuat aduan kepada pihak berwajib untuk tindakan sepatutnya.
Ini antara komen pengguna Facebook:
“Macam Mana Orang Tak Letak Kayu, Tengok La Bawa Motor Macam Tak De Otak”

“Kalau Tak Tahan Bunyi Bising, Jangan Beli Rumah Atau Buat Rumah Tepi Jalan, Letak Kayu Tak Kurangkan Bunyi Bising Pun”

“Macam Mana Sekalipun, Tidak Boleh Meletak Sebarang Halangan Apa Lagi Berupa Kayu Di Jalan Awam, Bonggol Pun Hendaklah Mendapat Kebenaran PBT Atau JKR”

“Letak Kayu Dekat Situ, Auto Semua Orang Berisiko Untuk Jatuh”

“Dua-Dua Pihak Hendak Menyelamatkan Masyarakat, Sorang Tak Nak Bagi Bawa Laju, Bahaya, Sorang Lagi Takut Jatuh Kemalangan”

Baca Artikel Berkaitan: Trend Kemalangan Disebabkan Tayar Lori Cetus Kebimbangan
Baca Artikel Berkaitan: “Dua Rider Sekali Tumbang” – Keadaan Jalan Berlubang Teruk Hingga Sebabkan Kemalangan Raih Perhatian [Video]
Source:


