
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai seorang anak jati Kuala Lumpur, saya begitu bangga dengan bandar metropolitan yang menempatkan masyarakat pelbagai latar belakang ini. Malah ia juga digelar kota yang tidak pernah tidur – baik siang atau pun malam.
Salah satu aktiviti kegemaran di bandar ini pastinya ‘jalan-jalan cari makan’. Tapi ia boleh menjadi sukar jika anda tidak betul-betul bersedia. Sebab itulah ramai warga KL akan melengkapkan diri dengan ‘gear’ masing-masing sebelum keluar rumah untuk memastikan hari berjalan dengan sempurna.

Sebagai contoh, cuaca di KL adalah tidak menentu – sekejap panas terik, sekejap hujan lebat. Jadi saya sentiasa ke mana-mana dengan sunglasses dan juga payung. Yelah, berjalan dalam keadaan basah kuyup ketika musim hujan atau berpanas di bawah terik mentari dengan kelembapan yang tinggi bukan satu perkara yang menyeronokkan.
Malah saya juga sentiasa membawa sebotol air minuman ke mana-mana sahaja dan jaket kipas (cooling fan jacket) inovasi terbaharu yang dapat membantu menyejukkan badan agar kekal selesa sepanjang hari.
Persediaan menggunakan pengangkutan awam
Untuk bersiar-siar di KL sememangnya mencabar, namun kewujudan pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan Monorail sangat memudahkan urusan perjalanan. Jadi pastikan anda sentiasa membawa kad Touch ‘n Go (TnG) untuk pengangkutan dan juga menghubungkannya ke aplikasi e-dompet bagi tujuan membeli belah.
Dengan semua hiruk-pikuk ini juga, bandar KL boleh menjadi agak memenatkan. Sebab itulah saya akan sentiasa membawa IQOS ILUMA saya.
IQOS adalah peranti pemanas tembakau yang bebas asap. Ianya memanaskan tembakau, bukan cecair seperti vape. Malah, ia tidak melibatkan pembakaran seperti rokok yang menggunakan api, jadi ia tiada abu & asap.
Namun sudah tentu, langkah paling bijak oleh perokok adalah untuk berhenti sepenuhnya dari nikotin dan tembakau.
Selain reka bentuknya yang cantik, muat dengan sempurna dalam poket saya dan bebas asap – yang betul-betul kena dengan jiwa saya, peranti ini juga sungguh sesuai digunakan untuk ‘urban escapade’. Apa yang saya suka tentang IQOS ILUMA adalah ia membolehkan saya mengalami kehidupan bandar tanpa asap atau abu melekat pada tangan dan pakaian atau perlunya menguruskan sebarang abu atau kekotoran. Dengan ini, saya boleh menikmati suasana bandar tanpa sebarang masalah.
Ini mungkin menjadi faktor kenapa lebih 30 juta perokok dewasa telah beralih daripada membakar tembakau ke memanaskannya dengan alternatif bebas asap seperti IQOS*. Ia perubahan yang kecil, tetapi pengembaraan KL saya telah menjadi lebih baik dan membolehkan saya menyerap kehidupan bandar yang meriah ini.
*Sumber: Laporan kewangan atau anggaran PMI (tidak termasuk Rusia dan Ukraine), panel pengguna IQOS dan Penyelidikan Pasaran PMI. Status setakat Julai 2024. Pengguna IQOS yang mana batang tembakau yang dipanas PMI mewakili sekurang-kurangnya 5% daripada penggunaan tembakau harian mereka sejak 7 hari yang lalu.

Oh ya! Satu lagi tips terakhir buat mereka yang mahukan keselesaan semasa bersiar-siar di KL, pastikan anda memilih kasut atau sandal yang sesuai.
Percayalah, kaki kalian pasti akan berterima kasih. Sama ada bersiar-siar di Bukit Bintang, KLCC, beratur di Jalan Alor untuk menikmati Char Kuey Teow, atau berkunjung ke tarikan menarik lain yang terdapat di KL, semua ini tidak akan membuatkan segala sendi dan kaki anda berasa sakit atau melecet.
Bagi saya, KL bukan sekadar bandar raya, tapi ia adalah pusat di mana terletaknya pelbagai budaya dan masyarakat yang ceria. Setiap ceruk mempunyai 1,001 kisahnya tersendiri dan setiap lorong penuh dengan kehidupan. Jadi adakah anda bersedia untuk pengembaraan di KL?
Penafian:
IQOS ILUMA™ direka khas untuk digunakan bersama SMARTCORE STICKS™ sahaja. Sila pastikan bahawa IQOS ILUMA™ dan SMARTCORE STICKS™ tidak digunakan dengan IQOS™ generasi terdahulu atau mana-mana peranti lil kerana ianya boleh menyebabkan kerosakan pada peranti anda. Maklumat lanjut di www.iqos.com.
Produk ini bukan bebas risiko dan memberikan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Hanya untuk kegunaan orang dewasa yang masih ingin terus merokok atau menggunakan produk nikotin yang lain.


![“Kami Rindu Cikgu” – Pelajar Gigih Bawa Makanan, Siap Masak Ketika Ziarah Guru Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

![Korang Pernah Alami? Doktor Kongsi 5 Tanda Kolesterol Jahat Tinggi Dalam Darah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)