“Siap turun dekat trek” – Kecoh Di Twitter, Seorang Lelaki Serang Wanita di Stesen LRT

Entertainment
29 Jul 2023 • 9:10 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di Twitter tentang tindakan seorang lelaki yang telah menyerang seorang wanita di stesen LRT Maluri.

Video tindakan seorang lelaki tersebut telah tular di media sosial setelah dirakam oleh orang awam dan dikongsikan oleh akaun localrkyt di Twitter.

Dalam video yang berdurasi selama lebih kurang seminit itu, dapat dilihat beberapa orang awam sedang cuba meleraikan pegangan lelaki itu pada wanita tersebut.

image is not available

Setelah dibantu oleh orang awam, akhirnya wanita itu dapat melepaskan dirinya dari dipegang oleh lelaki tersebut.

Lagi menyeramkan, lelaki tersebut telah bertindak turun ke trek landasan tren dan dia juga telah mengetuk-ngetuk pintu LRT dengan kasutnya ketika tren bergerak.

Difahamkan, kejadian tersebut telah berlaku pada 28 Julai lalu pada jam 8 pagi.

image is not available

Video tersebut telah mencetus pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memuji tindakan beberapa orang awam yang membantu wanita tersebut menyelamatkan diri.

image is not available

Dalam masa yang sama, ada juga yang mempersoalkan di manakah keberadaan polis bantuan ketika kejadian tersebut berlaku.

image is not available

image is not available

Seram pulak nak naik pengangkutan awam bila jadi macam ni kan.

Sumber: Twitter

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.