“Siapa awak nak soal?” – Peniaga Warga Asing Didakwa Hina Rakyat Malaysia, Berang Dipersoal Status Halal

Entertainment
30 Jan 2024 • 4:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Ahmad Zul mendakwa seorang peniaga warga asing bukan sahaja menghina rakyat Malaysia, malah memperlekehkan pekerjaan penghantar makanan.

Menerusi ciapan yang dimuat naik Ahmad Zul, wanita warga asing yang juga pemilik sebuah premis makanan Vietnam di Bukit Bintang telah menyelarnya selepas dia bertanyakan tentang status halal makanan di kedai tersebut.

Berang status halal dipersoal, wanita yang dikenali sebagai Na Tran turut menyindir dan melemparkan kata-kata yang mencetuskan provokasi kepada Ahmad Zul.

Ahmad Zul menggangap kata-kata wanita warga asing itu biadab kerana mempersendakan tentang status halal yang dititikberatkan penganut Islam.

Bukan itu saja, wanita warga asing terbabit menegaskan Ahmad Zul tidak perlu menyibuk tentang statusnya sebagai warga asing yang menetap di negara ini secara dependant pass.

Bagaimanapun, dia mempertikai tindakan wanita warga asing yang berniaga di negara ini kerana memegang status dependant pass di mana pemegang tidak dibenarkan untuk bekerja dan berniaga di Malaysia.

“Siapa awak nak menyoal siasat seperti ini? Tiada siapa pun berhak mempersoalkan warga asing.

“Ini adalah negara bebas, kami ada hak kebebasan untuk hidup dan berniaga di sini tanpa sebarang masalah. Kami juga membantu membangunkan Kuala Lumpur.

“Pihak berkuasa pun tak melebih-lebih nak tanya aku. Kamu siapa nak melebih-lebih?” soalnya angkuh.

Malah, wanita itu mencabar lelaki terbabit untuk membuat laporan polis sambil mendakwa suaminya ada ‘hubungan baik’ dengan pihak berkuasa tempatan.

Difahamkan, akaun Facebook wanita itu telah diserang netizen Malaysia yang menuntut pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadapnya.

Namun, wanita itu mendakwa ada individu lain telah menyamar dan menggunakan namanya untuk mengeluarkan kenyataan tidak elok kepada rakyat Malaysia.

image is not available

Setakat artikel ditulis, tiada kenyatan rasmi yang dilaporkan daripada pihak berkuasa mengenai isu ini.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.