“Siapa berani sentuh Dini, saya tak kisah masuk penjara” – Janna Nick

Entertainment
29 Apr 2024 • 1:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Janna Nick memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan berani untuk ‘menyentuh’ suaminya, Dini Schatzmann.

Menerusi sebuah program hiburan yang dikendalikan oleh aktres tersebut pada Ahad lalu, dia akui kini berada di fasa bahagia dan tidak kisah untuk masuk penjara sekiranya ada individu yang menganggu rumah tangganya.

Janna Nick

image is not available

“Sekarang ni saya dalam fasa tengah bahagia ni, Dini je kebahagiaan saya jadi siapa berani sentuh (Dini) saya tak kisah nak masuk penjara. Jangan main gila dengan Janna Nick,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon yang berusia 29 tahun itu meluahkan rasa bimbang pujian yang diberikan oleh orang ramai mengenai rumah tangganya memandangkan tidak boleh meramal apa yang berlaku pada masa akan datang.

Janna Nick

image is not available

“Kita sendiri pun dah berumahtangga, kita takut terpalit jugak. Nak mengata orang pun takut sebab tak tahu apa akan terjadi pada masa depan.

“Mungkin sekarang baik, manis macam saya dengan Dini kan buat TikTok seronok-seronok, sweet orang suka tengok sebab orang puji sangat pun saya takut tau. Takut tiba-tiba Allah uji kita,” ujarnya lagi.

image is not available

Sekadar info, Janna dan Dini bernikah secara tertutup di sebuah resort terkemuka di Langkawi pada 10 Jun tahun lalu.

Sumber: TikTok @MelodiTV3