“Dini Je Kebahagiaan I Sekarang” – Janna Nick Beri Amaran Kepada Penyondol, Tak Takut Masuk Penjara

Entertainment
29 Apr 2024 • 10:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
janna nick

Selebriti terkenal tanah air, Janna Nick mengaku kini dalam fasa bahagia bersama suami tersayang, Dini Schatzmann.

Dalam masa yang sama, pelakon ini risau dengan sebarang kemungkinan yang berlaku dalam hubungan mereka. Lebih-lebih lagi sekarang kecoh kes kecurangan Aliff Aziz dengan Ruhainies dan Sarah Yasmine.

Janna berkata, dia tidak mahu mengulas panjang isu tersebut kerana tidak mahu ianya berbalik kepada diri sendiri.

Namun begitu, selebriti ini memberi amaran kepada wanita di luar sana supaya tidak berani-berani mengganggu suaminya.

Siapa berani sentuh. I tak kisah kalau nak masuk penjara. Jangan main gila eh dengan Janna Nick.

Dia juga berseloroh mahu membuka Instagram Story Sarah Yasmine untuk mengetahui ‘tea’ terkini mengenai kes kecurangan yang sedang hangat diperkatakan.

Kredit: Melodi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media