Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menepis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya mendekati usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida (DSV) kerana tertarik dengan kemewahan serta harta yang dimiliki wanita berkenaan.
Menurut Fazley, keluarganya sendiri mempunyai latar belakang kewangan yang baik dan dia melihat hubungan rapat bersama Vida sebagai satu penyatuan antara dua keluarga yang masing-masing mempunyai empayar perniagaan tersendiri.
AdvertisementView this post on Instagram
“Siapa cakap saya tak ada duit? Kalau orang tengok latar belakang keluarga saya, Alhamdulillah semuanya cukup dari segi kewangan.”
“Jadi penyatuan keluarga ini adalah penyatuan dua empayar bisnes. Insya-Allah, doakan yang baik-baik saja,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat 2026 di Balai Berita, Bangsar, semalam.
Dalam pada itu, Fazley mengakui pada awalnya dia berasa bimbang sekiranya hubungan rapatnya dengan Vida mengundang pandangan negatif daripada rakan-rakan artis, kenalan serta pelajarnya.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Fazley mendakwa hampir keseluruhan respons yang diterimanya adalah positif malah ramai yang memberikan sokongan dan mendoakan hubungan mereka.
Sementara itu, Vida mendedahkan dia kini memilih untuk mengecilkan kelompok pergaulannya dan hanya bertemu dengan individu tertentu selepas menerima pelbagai pandangan berhubung hubungannya bersama Fazley.
Mengulas dakwaan kononnya Fazley mendekatinya disebabkan harta, Vida memilih untuk tidak memanjangkan perkara tersebut.
Sebaliknya, usahawan itu menganggap dakwaan berkenaan sebagai satu cabaran untuk membuktikan bahawa tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka adalah tidak benar.
“Antara kata-kata mereka, ‘alah, dia nak saya pun sebab nak harta’. Macam itulah. Saya jadikan perkara itu sebagai cabaran untuk tunjuk tohmahan tersebut tidak benar. Sebaliknya, Fazley yang kena beri harta pada saya,” selorohnya.
Sebelum ini, Fazley tidak lagi berselindung mengenai kemesraannya bersama Vida dan menegaskan hubungan mereka bukan sekadar gimik semata-mata, sebaliknya hadir daripada keikhlasan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Nak Cari Sakinah Mawaddah" - Radhi OAG Bersedia Kahwin Kali Ketiga, Namun Tidak Terburu-Buru
The post “Siapa Cakap Saya Tak Ada Duit?” – Fazley Nafi ‘Menempel’ Dengan Dato Seri Vida Kerana Harta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






