“Siapa KAMU?” – Aufahanie Bengang Ada Individu Sebar Fitnah Tentang Cara Pemergian Abang

Entertainment
16 Aug 2024 • 10:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Belum lagi kering air mata ahli keluarga penyanyi Nidza Afham yang ditemui meninggal dunia semalam, timbul pula satu fitnah disebarkan netizen di media sosial yang membuatkan keluarga ini bertambah sedih.

Penyanyi Aufahanie yang juga adik kepada mangsa, telah menegur seorang individu di X yang mendakwa pemergian arwah disebabkan berdepan dengan masalah cinta dengan teman wanita.

image is not available

“Siapa kamu?”

Aufahanie menerusi posting di X menegaskan bahawa hubungan abangnya dengan teman wanita, Hazmiera dalam keadaan baik dan mereka juga telah merancang untuk berkahwin.

Siapakah kamu untuk mengeluarkan statement seolah olah kamu mengenali ABANG SAYA dan teman wanitanya dengan rapat?

“Kami semua sangat rapat dengan Arwah dan juga teman wanitanya. Handphone arwah pada kami, di whatsapp kami baca perancangan mereka untuk berkahwin, beberapa hari sebelum abang saya dimaklumkan hilang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aufahanie (@aufahaniee)

“Pada hari Ahad mereka berdua baru sahaja pergi ke wedding fair. Mencari venue untuk teruskan perkahwinan.

“Kami SAKSI, bahawasanya mereka dalam keadaan baik, sedang bahagia bersama-sama,” kata Aufahanie.

“Siapakah KAMU, untuk menyebarkan ketidakpastian tentang cara pemergian ABANG SAYA?”

Malah lebih membuatkan Aufahanie bengang, individu ini juga menuduh Nidza Afham telah mengambil nyawanya sendiri kerana menghidapi kemurungan.

image is not available

 

Susulan itu, Aufahanie mengutuk tindakan individu ini yang menuduh tanpa bukti sedangkan mereka sekeluarga juga masih menunggu keputusan akhir daripada pihak hospital berhubung perkara itu.

Aufahanie juga menggesa individu berkenaan untuk memadamkan posting yang dimuat naik dan meminta individu itu ke balai polis untuk memberi keterangan saksi jika dia melihat sendiri abangnya mengambil nyawanya sendiri bersama dengan bukti.

image is not available

Semalam pihak polis dalam satu kenyataan mendedahkan mereka masih menanti keputusan makmal bagi mengetahui punca sebenar kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23.

Berikutan itu, siasatan mengenai kes ini sedang diteruskan dan buat masa ini kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dalam pada itu, sekitar jam 6.32 petang semalam, jenazah Allahyarham Nidza Afham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam di Shah Alam.

Al fatihah… semoga keluarganya tabah dengan dugaan yang menimpa.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.