‘Siapa nyahklasifikasi minit pengampunan?’

LocalPolitics
18 Nov 2026 • 4:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Siapa nyahklasifikasi minit pengampunan?’

PETALING JAYA: UMNO mempersoalkan status minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dimuatnaik bekas Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua di Facebook miliknya hari ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, susulan perkongsian dokumen berstatus rahsia itu, UMNO menggesa pihak bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan rasmi mengenainya.

“Status pengelasan semula. Adakah minit berkenaan telah dikelaskan semula secara rasmi? Jika ya, bilakah keputusan itu dibuat dan siapakah membuatnya?

“Asas kuasa dan tujuan. Apakah asas kuasa yang digunakan, tatacara yang dipatuhi dan tujuan pengelasan semula itu?

“Skop dokumen. Adakah salinan yang beredar sepadan dengan rekod rasmi? Adakah pengelasan semula itu meliputi keseluruhan minit, termasuk lampiran berkaitan atau hanya bahagian tertentu?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, pada 12 November lalu, Menteri Dalam Negeri menyatakan di Dewan Rakyat bahawa beliau bersedia membawa cadangan penyahklasifikasian itu kepada Jemaah Menteri.

Katanya, selepas mesyuarat Jemaah Menteri sehari berikutnya, Jurucakap Kerajaan memaklumkan cadangan itu belum dibangkitkan secara langsung dalam mesyuarat.

Tambahnya, prosesnya juga sedang diatur dengan mengambil kira keperluan undang-undang.

“Bagi dokumen berstatus rahsia rasmi, keputusan mengkelaskannya semula hendaklah dibuat oleh pihak yang berkuasa di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) mengikut tatacara yang terpakai,” katanya.

Beliau juga berkata, UMNO menegaskan ketelusan dalam pengendalian rekod Lembaga Pengampunan mesti berjalan seiring dengan pematuhan undang-undang.

“UMNO menghormati kedudukan Lembaga Pengampunan dan menjunjung kuasa pengampunan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – UTUSAN

The post ‘Siapa nyahklasifikasi minit pengampunan?’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved