Saravanan akui bakal dihadapkan ke mahkamah esok

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 7:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Saravanan akui bakal dihadapkan ke mahkamah esok
Saravanan mengesahkan beliau bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan mengesahkan beliau bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok.

Ahli Parlimen Tapah itu mendakwa beliau akan menghadapi pertuduhan berpunca daripada kenyataan pihak ketiga yang mengaitkannya dengan isu pengambilan pekerja asing ketika tempoh pandemik Covid-19 pada 2022.

Timbalan Presiden MIC itu juga mendakwa kenyataan awal yang mengaitkan namanya dibuat seorang individu yang meninggal dunia dua bulan lepas sebelum individu terbabit membuat Akuan Berkanun (SD) untuk menarik balik dakwaan berkenaan.

"Saya tegaskan bahawa saya tidak pernah berhubung atau mengenali individu berkenaan sama ada menerusi telefon mahupun perkhidmatan pesanan ringkas.

"Walaupun saksi utama telah meninggal dunia, saya tetap bersedia untuk mempertahankan diri dan menghadapi pertuduhan ini mengikut lunas undang-undang," katanya menerusi hantaran video yang dikongsikan kepada media pada Khamis.

Saravanan berkata, pasukan peguamnya akan memohon kepada mahkamah agar perbicaraan kes itu dipercepat tanpa sebarang penangguhan.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok.

Bekas menteri berkenaan dijangka berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berkaitan dengan perbuatan meminta, menerima, memberi, menjanjikan atau menawarkan suapan secara rasuah.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Saravanan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 9.

Pertuduhan terhadap beliau akan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi pada jam 9 pagi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved