Siasat isu kelewatan baja, jangan biarkan pesawah jadi mangsa – PM

LocalPolitics
6 Sep 2026 • 12:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siasat isu kelewatan baja, jangan biarkan pesawah jadi mangsa – PM

SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu kelewatan bekalan baja kepada pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kedah.

Ini kerana kata Anwar, kelewatan bekalan berkenaan menyebabkan pesawah menjadi mangsa, sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan tidak boleh berulang.

Jelas beliau, tindakan tegas termasuk pembatalan kontrak serta pendakwaan perlu diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku salah laku dalam proses pembekalan baja berkenaan.

“Syarikat mana diberi amanah? Mereka tunaikan janji atau tidak? Kalau mereka tidak tunaikan, mengapa tidak ada tindakan terhadap mereka? Kalau syarikat yang seperti ini berulang kali melakukan kesilapan, batalkan! Ambil syarikat baharu. Jangan jadikan petani dan pesawah mangsa. Ambil tindakan, jika ada kesalahan, hadapkan ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan tindakan undang-undang perlu dipertimbangkan sekiranya terdapat asas yang kukuh, termasuk kemungkinan pendakwaan dan siasatan oleh SPRM.

“Kalau perlu dihadapkan ke mahkamah, hadapkan ke mahkamah. Kalau perlu didakwa, SPRM masuk,” katanya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan kelewatan pembekalan baja kepada pesawah berisiko menjejaskan pengeluaran padi tempatan serta menurunkan Kadar Sara Diri (SSR) beras negara.

Dianggarkan kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan MADA masih belum menerima bekalan baja tambahan ketiga, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap hasil tuaian musim semasa. – KOSMO! ONLINE

The post Siasat isu kelewatan baja, jangan biarkan pesawah jadi mangsa – PM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved