Siasatan berhubung dakwaan PM miliki 20 akaun bank luar negara selesai pada 2022, tiada bukti salah guna kuasa - SPRM

LocalPolitics
26 Sep 2025 • 12:29 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Siasatan berhubung dakwaan PM miliki 20 akaun bank luar negara selesai pada 2022, tiada bukti salah guna kuasa - SPRM

image is not available

26/09/2025 - 12:29

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Sept - Tiada sebarang bukti atau keterangan yang boleh mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kesalahan jenayah atau salah guna kuasa susulan tular dakwaan beliau memiliki 20 akaun bank luar negara termasuk di Israel.

Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil maklum mengenai kandungan yang tular di aplikasi TikTok berhubung dakwaan itu seperti disebut dalam sidang Parlimen pada 2013 dan siasatan berhubung kes itu selesai pada 2022.

"SPRM ingin menegaskan bahawa siasatan terhadap dakwaan tersebut telah dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1999.

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti atau keterangan yang boleh mengaitkan beliau dengan kesalahan jenayah rasuah atau salah guna kuasa pada ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM memberitahu, penjelasan mengenai hasil siasatan tersebut turut dinyatakan dalam akuan bersumpah oleh bekas Pengarah siasatan BPR ketika itu iaitu Datuk Abdul Razak Idris pada 2009.

Sebagai rekod, WikiLeaks juga telah menafikan pernah menyiarkan sebarang senarai akaun bank milik Perdana Menteri seperti yang didakwa semasa sidang Parlimen berkenaan.

Berita berkenaan pernah disiarkan di akhbar media tempatan bertajuk ‘Dah 5 tahun baru Wikileak nafi’ bertarikh 5 Oktober 2018.

“Sehubungan itu, SPRM ingin mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat atau menjejaskan reputasi mana-mana individu tanpa asas yang sah," katanya.

Sehubungan itu, SPRM ingin mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan masyarakat atau menjejaskan reputasi mana-mana individu tanpa asas yang sah.

Katanya, penyebaran maklumat tidak sahih boleh menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam.

SPRM komited untuk menjalankan siasatan secara bebas, telus dan berintegriti selaras dengan undang-undang negara. - DagangNews.com

standard