Siasatan Ke Atas Penyanyi Terkenal Berkaitan Kes Amang Seksual Remaja 17 Tahun Sudah Lengkap – Polis

LocalEntertainment
6 Jun 2025 • 9:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kertas siasatan kes pelakon dan penyanyi terkenal yang disyaki melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun telah lengkap, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar.

Ujarnya, kertas siasatan tersebut telah pun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) semalam untuk tindakan lanjut.

Kertas siasatan telah diserahkan kepada TPR pagi tadi dan masih dalam tindakan mereka.

Menurut Malaysiakini, polis sedang menunggu arahan pendakwaan daripada Pejabat Peguam Negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AstroAWANI (@501awani)

Terdahulu, seorang pelakon dan penyanyi terkenal telah ditahan Selasa lepas untuk membantu siasatan berhubung kes amang seksual terhadao seorang remaja wanita berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.

Pelakon dan penyanyi berkenaan yang ditahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 bagaimanapun dibebaskan pada hari sama dengan jaminan polis.

Menurut mangsa, dia dan penyanyi berkenaan sudah berkenalan sejak tiga bulan yang lepas.

image is not available 1 day ago

Selebriti Popular Lakukan Amang Seksual, Mangsa Dedah Sudah 3 Bulan Kenal