Siasatan kebakaran Pasar Borong Selangor mula Isnin depan

25 Jul 2026 • 3:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siasatan kebakaran Pasar Borong Selangor mula Isnin depan

SERDANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor akan memulakan siasatan berhubung kes kebakaran Pasar Borong Selangor pada Isnin depan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, premis tersebut telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Ibu Pejabat JBPM Selangor.

“Penilaian awal telah dimulakan oleh pegawai siasatan dan unit K9 pada petang semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas sama ada terdapat unsur khianat dalam kes berkenaan, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiada mangsa ditemukan dalam kebakaran yang memusnahkan beberapa premis perniagaan di Pasar Borong Selangor, di sini selepas kerja-kerja punggahan sisa bahan terbakar selesai dijalankan semalam.

Ashrul Riezal dilaporkan berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati tiada individu terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Sebelum ini, JBPM menggunakan jengkaut bagi mengalihkan timbunan sisa kebakaran susulan terdapat petunjuk bahawa premis berkenaan pernah dijadikan tempat tinggal, sekali gus bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di lokasi.

Kebakaran yang berlaku semalam memusnahkan beberapa premis perniagaan di kawasan pasar berkenaan, namun api berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan utama pasar. – KOSMO! ONLINE

The post Siasatan kebakaran Pasar Borong Selangor mula Isnin depan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved