Siasatan TH tidak terikat tempoh RCI

LocalPolitics
18 Aug 2026 • 2:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siasatan TH tidak terikat tempoh RCI

PUTRAJAYA – Siasatan berkaitan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat isu melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH) dilihat tidak terbatas kepada tempoh ditetapkan, sebaliknya melangkaui sebelum dan selepas waktu berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, susulan itu, tiada halangan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan melangkaui tempoh yang menjadi fokus RCI berkenaan.

“Memang sekarang ini semua tindakan itu dan kajian (hasil laporan RCI) melangkaui RCI. (Laporan) RCI itu sebagai induk.

“Tidak ada halangan kaji sebelum dan selepas dan ini yang dilakukan oleh badan penguatkuasaan dan penyiasatan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan RCI baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi TH.

Menyuarakan cadangan itu, Ahli Parlimen Tampin, Mohd. Isam Mohd. Isa mencadangkan supaya siasatan baharu meliputi tempoh 2021 hingga 2025, memandangkan siasatan sedia ada hanya merangkumi tempoh 2014 hingga 2020.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mahu RCI baharu ditubuhkan bagi menyiasat pengurusan TH dan mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap masalah kewangan serta pengurusan institusi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Siasatan TH tidak terikat tempoh RCI appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved