Siber, AI medan baharu perang moden

PoliticsTechnology
3 Sep 2026 • 4:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siber, AI medan baharu perang moden

ARAU – Ancaman keselamatan negara kini tidak lagi tertumpu kepada peperangan konvensional apabila perang siber, kecerdasan buatan (AI) dan manipulasi maklumat semakin menjadi medan baharu pertahanan moden.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dunia kini berdepan peperangan hibrid yang menggabungkan pelbagai bentuk tekanan termasuk ekonomi, siber dan maklumat.

“Cabaran keselamatan dan pertahanan tidak lagi datang dalam bentuk peperangan konvensional semata-mata. Kita berdepan dengan peperangan hibrid yang menggabungkan pelbagai bentuk tekanan, termasuk ekonomi, siber dan maklumat,” katanya ketika menyampaikan Syarahan Eksekutif Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Awam di Universiti Malaysia Perlis, di sini hari ini.

Menurutnya, kecanggihan teknologi seperti AI, manipulasi data raya dan analitik serta aktiviti penggodaman kini menjadi ancaman yang semakin ketara dan membimbangkan.

Katanya, perkembangan pesawat tanpa pemandu atau dron turut mengubah dinamik serta cara sesuatu pertempuran bersenjata dijalankan seperti dapat disaksikan dalam konflik Rusia-Ukraine. – KOSMO! ONLINE

The post Siber, AI medan baharu perang moden appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved