Sibu Agape Centre, Beri Peluang Anak Muda Dengan Keperluan Khas Cipta Masa Depan

14 Oct 2022 • 11:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memberi peluang dengan kemudahan fasiliti dan latihan untuk anak muda mencipta masa depan mereka

Sibu Agape Centre, Beri Peluang Anak Muda Dengan Keperluan Khas Cipta Masa Depan. Anak muda adalah khazanah negara yang akan menerajui negara pada masa akan datang. Jadi, kita harus melakukan persediaan untuk mereka untuk menempuhi realiti dan tidak terkecuali dengan anak muda yang memiliki keterbatasan dimana mereka memerlukan keperluan khas mereka tersendiri.

Salah satu usaha untuk melahirkan anak muda yang berkebolehan adalah dengan ada Sibu Agape Centre yang menawarkan pelbagai kemudahan fasiliti dan latihan untuk anak muda supaya memudahkan mereka mencorak masa depan mereka.

image is not available
Sibu Agape Centre, Beri Peluang Anak Muda Dengan Keperluan Khas Cipta Masa Depan. Sumber gambar: BORNEO POST online

Sibu Agape Centre sediakan pelbagai latihan seperti kemahiran vokasional

Sibu Agape Centre adalah sebuah bangunan yang didirikan untuk menjadi wadah untuk anak muda berkeperluan khas yang memerlukan tempat untuk mereka mendapatkan latihan dan persediaan untuk mereka menjadi individu yang mampu memberi manfaat kepada komuniti.

Menurut Dato Janet Lau yang merupakan presiden Persatuan Anak Muda Sibu Dengan Keperluan Khas (ACSNS), fasiliti di Sibu Agape Centre ini menyediakan keperluan yang dalam rangka yang luas. Dari latihan vokasional seperti pembungkusan dan seni kayu turut disediakan untuk mereka.

image is not available
Sibu Agape Centre, Beri Peluang Anak Muda Dengan Keperluan Khas Cipta Masa Depan. Sumber gambar: Association for Children with Special Needs Sibu

Bukan itu sahaja, latihan seperti memcuci kereta, bakeri, pengurusan pusat jual beli, kafe dan hostel turut disediakan juga disini. Kesemua latihan ini sememangnya khas untuk anak muda yang memerlukan keperluan khas supaya mereka cukup bersedia untuk dunia realiti.

Bahkan, ini juga memberi kelegaan kepada ibu bapa tentang masa depan mereka kelak. Jadi, tidak menjadi satu keterbatasan untuk anak muda yang berkeperluan khas untuk menceburi bidang pekerjaan suatu hari kelak.

Anak-anak muda adalah individu yang mudah dicorak jika kita mahukan mereka menjadi individu yang terbaik dengan menyokong minat mereka seperti dalam bidang musik dan seni: