Sibu kawasan terbaharu catat IPU tidak sihat di Sarawak

LocalEnvironment
15 Aug 2026 • 10:21 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Sibu kawasan terbaharu catat IPU tidak sihat di Sarawak

KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Sibu menjadi kawasan terbaharu di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, menjadikan jumlah kawasan di negeri itu yang berada pada kategori berkenaan, meningkat kepada sembilan setakat 9 pagi ini.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Kuching merekodkan bacaan tertinggi iaitu 167, diikuti Samarahan (164), IPD Serian (163), Sarikei (157), Bintulu (156), Sri Aman (154), Mukah (152), Sibu (131) dan Samalaju (126).

Pada masa sama, 46 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala 13 kawasan berada pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 sebagai berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved