Sembilan kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
15 Aug 2026 • 5:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sembilan kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat
Pemandangan di sekitar bandar raya Kuching terjejas akibat situasi berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 163. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sarawak kekal menjadi satu-satunya negeri di negara ini yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang ini, melibatkan sembilan kawasan di negeri berkenaan.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan itu melibatkan Samarahan yang merekodkan IPU 163, Kuching (163), IPD Serian (162), Bintulu (156), Sarikei (155), Sibu (152), Sri Aman (152), Mukah (137) dan Samalaju (125).

Selain itu, sebanyak 46 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala 13 kawasan berada pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 sebagai berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved