SIC Terikat NDA, Enggan Ulas Kemungkinan F1 Kembali Ke Sepang

24 Jul 2026 • 11:16 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: SIC Terikat NDA, Enggan Ulas Kemungkinan F1 Kembali Ke Sepang

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi kemungkinan Formula 1 (F1) kembali ke Malaysia Oktober ini, dengan menyatakan ia terikat kepada Perjanjian Kerahsiaan (NDA) bersama pemegang hak komersial F1, Liberty Media.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, dalam respons ringkas kepada Bernama berkata pihaknya tidak dapat memberikan sebarang komen buat masa ini.

“Buat masa ini kami masih terikat dengan NDA bersama F1 (Liberty Media) dan tidak boleh memberikan sebarang komen lanjut.”

Kenyataan itu hadir beberapa jam selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa kerajaan sedang mengadakan perbincangan dan penelitian berhubung kemungkinan Malaysia menjadi tuan rumah perlumbaan F1 sebagai pengganti Grand Prix Bahrain yang berdepan ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan KBS telah menerima petunjuk awal mengenai peluang tersebut, sambil menegaskan sebarang perkembangan hanya akan diumumkan selepas dimuktamadkan.

Malaysia kali terakhir menganjurkan Grand Prix Formula 1 pada 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar akibat kos penganjuran dan yuran hak penganjuran yang tinggi. Namun, laporan media antarabangsa baru-baru ini menyebut Sepang antara litar yang sedang dipertimbangkan sekiranya Bahrain GP tidak dapat diteruskan mengikut jadual.

Buat masa ini, tiada pengesahan rasmi daripada Liberty Media mahupun Formula 1 mengenai sebarang perubahan pada kalendar perlumbaan 2026.

The post SIC Terikat NDA, Enggan Ulas Kemungkinan F1 Kembali Ke Sepang appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved