Sidang khas Parlimen bahas RCI Tabung Haji pada 11 Ogos

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 6:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Sidang khas Parlimen bahas RCI Tabung Haji pada 11 Ogos

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Sesi persidangan khas untuk membahaskan dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan diadakan pada 11 Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau telah membincangkan mengenai sidang khas itu dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

“Perkara ini akan dibawa ke Parlimen pada 10 pagi, 11 Ogos, dan sesi berkenaan akan berlangsung sehingga petang,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan selepas merasmikan ibu pejabat baharu Maybank di Menara Merdeka Maybank di sini hari ini.

Laporan RCI mengenai TH yang diterbitkan semalam mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Dalam Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH daripada 2014 hingga 2020, pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik disenaraikan.

RCI mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

-- BERNAMA


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved