
Kota Kinabalu: Pameran perdagangan terulung Sabah, Ekspo Antarabangsa Sabah 2023 (SIE2023) kembali tahun ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dari 21 hingga 24 Sept, selepas tertangguh beberapa tahun akibat pandemik Covid-19.
Pengerusi Dewan Perniagaan & Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) Sabah Datuk Lee Swi Heng mengetuai ahli jawatan kuasanya untuk membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe pada 14 Feb lalu.
Rombongan merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sabah, dan pihak Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan kerana menyokong SIE2023.


