#SihatCergas Air: Berapa Banyak Air yang Anda Perlu Minum Dalam Satu Hari?

Health & Fitness
10 Dec 2024 • 8:02 AM MYT
VivianCheng
VivianCheng

I'm a busy working mother who likes sharing good contents with public.

image is not available
Foto Kredit: https://www.facebook.com/sinarharian/posts/tahukah-anda-jumlah-air-yang-perlu-diminum-dalam-sehari/10157010132744883/

#SihatCergas Air: Berapa Banyak Air yang Anda Perlu Minum Dalam Satu Hari?

Air adalah penting untuk kesihatan yang baik. Adakah anda meminum air yang mencukupi setiap hari? Garis panduan berikut boleh membantu anda mengetahui jawapannya.

Berapa banyak air yang perlu anda minum setiap hari? Ia merupakan soalan yang mudah tetapi tanpa jawapan yang mudah.

Kajian telah menghasilkan cadangan yang berbeza-beza selama bertahun-tahun. Tetapi keperluan air individu anda bergantung pada banyak faktor, termasuk kesihatan anda, sejauh mana aktif anda dan di mana anda tinggal.

Tiada formula tunggal yang sesuai untuk semua orang. Tetapi dengan mengetahui lebih lanjut tentang keperluan badan anda, ia dapat membantu anda menganggarkan jumlah air yang perlu diminum dalam satu hari.

Apakah faedah memimum air yang mencukupi?

Air ialah komponen kimia utama badan anda dan membentuk kira-kira 50% hingga 70% daripada berat badan anda. Badan anda bergantung kepada air untuk meneruskan kehidupan harian. (Sumber sokongan: https://x.com/KKMPutrajaya/status/1679022682090926081?lang=en )

Setiap sel, tisu dan organ dalam badan anda memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.

Sebagai contoh, air membantu:

  • Menyingkirkan bahan buangan melalui pembuangan air kecil, peluh dan pembuangan air besar
  • Mengekalkan suhu badan yang normal
  • Berfungsi sebagai pelincir dan kusyen sendi
  • Melindungi tisu yang sensitif

Kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi — Keadaan yang berlaku apabila badan anda tidak mempunyai air yang mencukupi untuk menjalankan fungsi normal. Oleh itu, dehidrasi ringan juga boleh menguras tenaga anda dan membuat anda letih.

Berapa banyak air yang anda perlukan dalam satu hari?

Setiap hari anda mengalami kehilangan air melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus. Untuk badan anda berfungsi dengan baik, anda mesti menambah bekalan air dengan mengambil minuman dan makanan yang mengandungi air.

Jadi berapa banyak cecair yang diperlukan oleh purata orang dewasa yang sihat dan tinggal dalam iklim sederhana. The U.S. National Academies of Sciences, Engineering, and Medicine menentukan bahawa pengambilan cecair harian yang mencukupi ialah:

Kira-kira 15.5 cawan (3.7 liter) cecair sehari untuk lelaki

Kira-kira 11.5 cawan (2.7 liter) cecair sehari untuk wanita

Cadangan ini meliputi cecair daripada air, minuman lain dan makanan. Kira-kira 20% daripada pengambilan cecair harian biasanya datang daripada makanan dan selebihnya daripada minuman.

Bagaimana pula dengan panduan meminum 8 gelas air sehari?

Anda mungkin pernah mendengar cadangan yang mengalakkan anda meminum lapan gelas air sehari. Cadangan itu mudah diingati, dan ia merupakan cadangan yang munasabah.

Kebanyakan orang yang sihat boleh kekal terhidrat dengan meminum air dan cecair lain apabila mereka berasa dahaga. Bagi sesetengah orang, kurang daripada lapan gelas air sehari mungkin mencukupi, tetapi sesetengah orang memerlukan lebih daripada lapan gelas air sehari.

Anda mungkin perlu mengubahsuai jumlah pengambilan keperlua air anda berdasarkan beberapa faktor:

Adakah air satu-satunya pilihan untuk kekal terhidrat?

Tidak. Anda tidak perlu bergantung hanya pada air untuk memenuhi keperluan air anda. Apa yang anda makan juga meyumbangkan bahagian yang ketara. Sebagai contoh, kebanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran, seperti tembikai dan bayam, hampir 92%-100% kandunganya terdiri daripada air. ( Sumber sokongan: https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/92-kandungan-buah-tembikai-merupakan-air-oleh-itu-ia-merupakan-antara-buah-buaha/2902134976743022/?locale=ms_MY )

Bagaimanakah anda mengetahui bahawa anda telah meminum air yang mencukupi dalam satu hari?

Pengambilan air anda mungkin mencukupi jika:

  • Anda jarang berasa dahaga;
  • Air kencing anda tidak berwarna atau kuning muda;
  • Menerima nasihat doktor atau pakar diet anda dengan membantu anda menentukan jumlah keperluan air yang sesuai untuk anda setiap hari.

Sebagai kesimpulan, demi memastikan badan anda mempunyai air yang mencukupi agar mengelakkan dehidrasi, jadikanlah air sebagai minuman pilihan anda.

Adalah idea yang baik untuk meminum segelas air disamping dengan setiap hidangan dan antara waktu makan. Kekal dengan meminum air yang mencukupi sebelum, semasa dan selepas bersenam, dan sering mengamalkan tabiat yang baik dimana pastikan anda meminum air jika berasa dahaga.


Image from: #SihatCergas Air: Berapa Banyak Air yang Anda Perlu Minum Dalam Satu Hari?

Hantarkan konten berkaitan #SihatCergas dan berpeluang menangi hadiah bernilai sebanyak RM17,755 termasuk langganan air Spritzer dan hadiah wang tunai. Ketahui lebih lanjut di sini.


VivianCheng adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.